Posts

Showing posts with the label ict

Ikan Celup Tepung RM1 seekor.. mahal ke??? di Padang Midin Kuala Terengganu

Image
Kalau kedai lain, ikan celup tepung besar ni dekat RM4.00 - RM5.00 seekor. Tapi Warung RM1 dekat sebelah Restoran Telanai Seafood, Padang Midin ni dia jual RM1. 00 saja seekor. ABC, Pisang Goreng, Keropok Goreng, Mee Goreng semuanya RM1.  Di saat peniaga lain berebut untuk menaikkan harga kerana nak pergi haji balik hari, peniaga ni kekal dengan harga RM1. Siapa kata jual murah tak untung? @FB Mohd Adha Mohd Zain

Makan-makan: Makan ICT dan Santai di Kg Rhu 10

Image
Dengan lokasi yang terletak di tepi pantai menghadap Laut China Selatan sememangnya menjanjikan ketenangan dan kedamaian kepada setiap pengunjung. Apatah lagi bertemankan makanan laut seperti keropok lekor, sotong celup tepung beserta ikan celup tepung yang lebih dikenali sebagai 'ICT" oleh warga Terengganu dan tempatan pastinya melengkapkan suasana petang anda. Keindahan di sepanjang pantai ini memang cantik dan indah dan sentiasa menggamit mereka yang singgah. Setiap saban minggu sentiasa berderetan kenderaan singgah menikmati angin petang di sini sambil menikmati juadah di gerai di sepanjang jalan di sini. Cuma apa yang perlu dititik beratkan adalah 'soal harga' yang rasanya agak mahal, apatah lagi kebanyakan ikan dan sotong adalah bersumberkan 'sejuk beku' atau orang tempatan panggil 'ikan kotak dan sotong kotak', bukan ikan segar dan sotong segar yang harga mentahnya tidaklah terlalu mahal. Apabila sudah masak, sotong celup tepung pali...

Pengunjung blog