Posts

Showing posts with the label isa samad

Beberapa Kemungkinan yang menyebabkan tanah kita boleh hilang.. berikutan isu tanah FELDA...

Image
Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita tanah FELDA. Bila dah kecoh berita macam ni, timbul satu persoalan. Macam mana tanah yang kita miliki boleh hilang hak milik? Jemput hadamkan perkongsian Tuan  Salkukhairi Abd Sukor  ini kalau korang serius nak tahu. – Sehari dua ini tular tentang kisah FELDA yang dikatakan hilang hakmilik tanah mereka di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur tanpa disedari oleh pihak pengurusan mereka. Sebenarnya perkara ini bukan sahaja berlaku kepada tanah milik sesebuah organisasi, tetapi juga biasa berlaku kepada tanah milik individu. Berdasarkan pengalaman saya, di sini saya kongsi kan kemungkinan-kemungkinan boleh berlakunya keadaan sesuatu tanah itu boleh hilang hakmilik. Kemungkinan #1 : Unsur penipuan  Wujudnya unsur-unsur penipuan, desakan atau salah nyata daripada mana-mana pihak terhadap tuan tanah sehingga menyebabkan tuan tanah menandatangani dokumen pindah milik dan menyerahkan geran tanah asal dan lain-lain ...

FELDA: Bukan Tugas Sukar, Tetapi Menyakitkan Hati! - TAN SRI SHAHRIR SAMAD- catatan wartawan Syahril A Kadir

Image
Oleh SYAHRIL A. KADIR AKU tiba di pejabat Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutu an (FELDA), Tan Sri Shahrir Samad kira-kira pukul 1 petang di Menara FELDA, Kuala Lumpur. Agak luas biliknya yang terletak di tingkat 49 itu. Meja Shahrir yang besar saiznya itu dipenuhi dokumen dan fail sekaligus menunjukkan betapa sibuknya tugas ahli politik veteran yang berumur 68 tahun tersebut dalam 'mengendalikan' urusan seharian lembaga berkenaan Ketika itu aku sampai, Shahrir, lulusan MBA dari International Institute for Management Development (IMD), Switzerland itu sedang melayan pertanyaan daripada beberapa penulis dan wartawan. Pengasas DuBook,  Mutalib Uthman  , sahabat seperjuanganku  Ali Imran  , Saudara Azwan dan Datuk Roslan Bian pun ada. Mereka nampak bersungguh-sungguh hendak dengar dari mulut beliau sendiri mengenai kemelut yang melanda 'kehilangan' tanah milik Felda yang terletak di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Shahrir dilihat tenang walaupun soalan...

Pengunjung blog