Iqram Dinzly Perlukan Pertolongan, Rawatan - Pakar- M Star Online
PETALING JAYA: Tekanan perasaan, kemurungan dan masalah kerjaya mungkin menjadi faktor pelakon Iqram Dinzly bersikap pelik sejak kebelakangan ini. Ketua Unit Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Fauziah Mohd Saad berkata, pelakon berkenaan perlu mendapatkan rawatan psikiatri bagi menyelesaikan masalah mental yang dihadapinya. "Kita patut bersimpati kepada dia kerana baru kehilangan bapanya. Kematian orang tersayang boleh menyebabkan kemurungan dan tekanan apatah lagi Iqram kehilangan bapanya baru-baru ini. Iqram Dinzly "Jalan terbaik ialah dia perlu jumpa pakar sakit jiwa bagi memastikan di mana stage yang dilaluinya itu dan mendapatkan rawatan yang sesuai," ujarnya kepada mStar Online. Iqram Dinzly Dikatakan Bersikap Pelik, Kurang Waras Dr Fauziah Mohd Saad Beliau mengulas isu perlakuan pelakon Iqram Dinzly yang kini menjadi tular apabila dia sering melakukan aksi-aksi pelik dan lucah di laman sosial. ...