Posts

Showing posts with the label jabatan laut

Kenyataan Media Berkaitan Tangkapan Ikan Jerung di Perairan Pulau Kapas Terengganu oleh Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu

Image
*Kenyataan Media Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu Berkaitan Penularan Gambar Penangkapan Ikan Jerung di perairan Terengganu di Media Sosial* Para pelancong yang berkunjung di negeri Terengganu tidak perlu bimbang berikutan penularan gambar jerung yang disebarkan di media sosial dengan menyatakan ikan itu ditangkap di kawasan Taman Laut Pulau Kapas, Marang. Malahan, Jabatan Taman Laut Negeri (JTLN) juga menafikan dakwaan terdapat gangguan jerung di kawasan tersebut, susulan penyebaran gambar jerung spesis bull shark yang dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang, semalam. Pengarah JTLN, Muhammad Nur Ashry Bassari berkata, berita itu tidak tepat kerana jerung terbabit ditangkap nelayan di luar kawasan Taman Laut Pulau Kapas iaitu tujuh batu nautika dari perairan berkenaan. Setakat ini, tiada rekod mengenai gangguan jerung bukan saja di Pulau Kapas malah di perairan negeri ini dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan berita yang di tu...

Pengunjung blog