Posts

Showing posts with the label jalan-jalan

Aroma Square Kg Raja Besut.. comel weeih cafe ni, makan pun sedap...

Image
Baru-baru ini, rasa nak singgah kat sebuah cafe baru di Kg Raja, Besut bersebelahan dengan Dewan Merdeka yang baru setelah melihat promosi cafe ini di Facebook. Namanya Aroma Square Cafe. Cantik sekali dekorasi dalaman dengan hiasan mural dinding yang menarik serta susunan kerusi meja dan penataan cahaya yang membuatkan kita rasa selesa dan nyaman. Memang ingin mencuba beberapa menu dan anak-anak telah memilih Mushroom soup yang katanya memang sedap sehingga 2 kali tambah.Juga Meetball serta Banana Aiskrim. Admin mencuba Nasi Goreng Aroma yang disediakan dengan udang goreng yang rangup serta sambal yang sedap serta isteri pula mencuba Chicken salad. chicken salad yang sedap dan menyihatkan Nasi Goreng Aroma.. antara trademark di sini Mushroom Soup yang sedap Kegemaran kanak-kanak, Banana Aiskrim Banyak lagi menu menarik dan menjadi pilihan pengunjung yang datang ke cafe ini di antaranya Nasi Ayam Penyet, chicken chop serta lamb chop yang h...

10 Makanan 'power' dan igauan bila datang Terengganu.. kena mari boh...

Image
Terengganu, bila cerita sahaja pasal makanan Terengganu ramai yang akan terbayang keropok lekor. Ya! Keropok lekor di Terengganu memang popular, tapi terlalu biasa kalau nak  dikeropokkan!  Jadi apa kata kita tinjau beberapa lagi makanan  famous  di Terengganu yang bikin air liur kawan anda meleleh. Kalau anda sediri pun masih belum pernah rasa, kami sangat mencadangkan anda mencuba. Serius sedap gila! Tahun 2017 menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar Malaysia datang ke negeri ini bertepatan dengan kempen Visit Beautiful Terengganu 2017 yang dilancarkan oleh kerajaan negeri. 1. Ketupat Sotong Ada sedikit pertelingkahan pendapat mengenai ketupat sotong, adakah makanan ini berasal dari Kelantan atau Terengganu? Tapi ini bukan isu besar sebenarnya, yang penting rasa ketupat sotong ini memang sedap, jadi kita makan sahaja. Ketupat sotong memang popular di Terengganu, biasanya disaji ketika makan tengah hari. Anda patut cuba rasa kelazatanan ketupat so...

Promosi SHELL OUT di Peladang Setiu Agro Resort

Image
Promosi SHELL OUT ini bermula dengan harga serendah RM29.00 bagi set 2 orang bersama nasi putih dan air Teh O Beng atau Sirap di Agro Cafe, Peladang Setiu Agro Resort. Promosi jualan ini bermula jam 3.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari. Shell out ini adalah hasil laut istimewa daripada Setiu Wetland yang kaya dengan hasil kepah, lokan, ketam dan sebagainya lagi. Pihak resort juga bersedia menerima tempahan dengan menghubungi talian 0199192240 bagi urusan berikut. #setiupost #shellout

Kedai Nasi Goreng Sotong , belakang Muzium Dungun...heboh dah katanya jadi sangat...

Image
Nasi goreng sotong..wahh memang nampak sedap Belakang  muzium dungun di bandar Dungun, Terengganu. Malah Mee Goreng sotong serta Mee Goreng Udang juga terdapat di kedai ini. Ia di buka dari jam 5.00 petang  sehingga jam 12.00 malam. UNTUK BOOKING BOLEH CALL 016-5998914 sumber: Fb  Ahmad Khusairi Ibrahim ‎ #setiupost

Kambing Bakar Guangzhou.. dah sampai Terengganu.. sedap bau kambing!!!

Image
Sempat juga singgah untuk merasa  keenakan Kambing Bakar Guangzhou di simpang tiga Tok Jembal berhadapan dengan Nasi Kukus Sempoi Alias. Di buka pada waktu petang dan memang santai makan di sini. Menunya simple sahaja sebagaimana menu yang tertera dengan set yang ada. Airnya pun tak banyak soal dan tak payah fikir panjang panjang. Apa yang pasti keenakan kambingnya memang memikat dan sedap. Walaupun sekadar berniaga dipinggiran tapi telah mencetuskan fenomena untuk orang ramai terus datang untuk menikmati kambing bakar ini. Tahniah pada tuan kedai atas usaha yang bersungguh dan memeriahkan dunia makanan Terengganu. #setiupost #terengganumyheritage #visitbeautifulterengganu2017

Mee Ayuthaya di Kuala Besut, Besut, Terengganu...

Image
Mee ayuthaya Dengan ayam dan tulang rusuk Ada kelainan rasa RM1 atau RM4 atau special RM7 Lokasi hadapan BSN Kuala Besut, besut, Terengganu Kali pertama rasa #visitbeautifulterengganu2 017 #setiupost #terengganumyheritage #foodtourism

Angullia Resort, Marang, Terengganu, seindah namanya

Image
Oleh: Noraini Jusoh Sekiranya anda ingin bercuti di Terengganu, sebenarnya tidak sukar untuk mencari tempat penginapan di pusat bandar dan juga kawasan sekitar yang menepati pilihan selain berlatar belakangkan panorama pantai yang indah. Antara pilihan pusat penginapan yang pasti menjanjikan kepuasan kepada yang mencintai kedamaian ialah di Angullia Beach House Resort yang terletak di Kampung Rhu Muda, Marang. Terletak berhampiran dengan Pantai Peranginan Kelulut dan jarak dari bandaraya Kuala Terengganu cuma kira-kira 20 kilometer (km) sememangnya memudahkan pengunjung datang ke sini. Lokasi penginapannya yang terletak di tepi pantai dan mengadap ke arah laut menjadi daya tarikan utama untuk pengunjung bersantai bersama insan tersayang. Pelbagai kemudahan disediakan di sini. Antaranya, ‘Suloo’s Haven’ iaitu penginapan utama Angullia dilengkapi restoran yang berkonsepkan taman dengan pemandangan hijau tumbuh-tumbuhan tropika serta disertakan kemudahan wifi secara percuma....

Makan- makan di Bukit Tunggal

Image
Sup Belut yang memang sedap dan kaw Baru-baru ini, blogger berkesempatan singgah di cafe Animas di persimpangan trafik light Bkt Tunggal. Perut pun sudah terasa lapar. Jam sudah menunjukkan jam 6.30 petang, rupa-rupanya belum makan tengahari. Nasi lemak, sup belut dan air buah mangga @ mempelam Menu pilihan hari ini adalah Nasi lemak dengan telur mata kerbau. Masih tercari-cai kenapa dipanggil mata kerbau. Rasanya tak macam mata kerbau. Sup Belut serta air buah mangga atau mempelam. Nasi lemaknya biasa-biasa saja. Tapi yang bestnya adalah sup Belut memang kaw dan belutnya pula besar-besar macam belut dari sawah. Biasanya belut kalau selalu makan kecil-kecil. Rasanya memang sedap. Harganya pula biasa dan berpatutan. Rasanya boleh singgah lagi di Cafe ini yang menyediakan pelbagai masakan panas dan juga masakan Terengganu. Blogger minta maaf, kerana gambar makanannya di ambil tapi terl upa untuk ambil gambar kedainya. 

Pengunjung blog