Posts

Showing posts with the label kaki pancing

Tanding Ngail AGRO pada 4 FEB 2017, RM2000 tunai menjadi taruhan kaki pancing

Image
Peladang Setiu Agro Resort akan mengadakan Tanding Ngail Siri 1 2017 pada 4 FEBRUARI 2017 di Tasik Agro Resort, Setiu, Terengganu. Pertandingan ini diadakan sempena Tahun Visit Beautiful Terengganu 2017 yang menawarkan hadian utama wang tunai Rm2,000 bagi juara. Ikan-ikan yang sedia untuk dipancing adalah Bawal Pacu, Talapia, Lampan Jawa, Keli Afrika, Patin malah Sebarau juga terdapat di tasik ini. Setiap pemancing yang menyertai pertandingan ini akan mendapat mata bagi kelayakan Kejohanan akhir tahun ini dan juga nilai yang boleh ditebus sebagai diskaun penginapan di Agro Resort ini. Anda boleh datang sambil berkelah bersama keluarga dan membawa anak-anak di Taman Tema Mini di sini dengan bayaran masuk RM3.00 seorang. Di Agro Cafe juga disediakan menu yang istimewa iaitu Maggi Lokam dan Maggi Ketam Nipah untuk pengunjung yang dibuka bermula jam 3.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari. Maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan talian HOTLINE RESORT iaitu 019...

Tasik Kenyir... memang mengasyikkan..

Image
Tasik Kenyir yang terletak 55 km daripada Kuala Terengganu adalah antara tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dan di antara yang unik di dunia. Keluasan kawasannya meliputi 369 km persegi. Dengan kata lain, kita boleh ambil bandaraya Kuala Lumpur dan letak dalam Tasik Kenyir. Ianya bukan sahaja sebagai destinasi pelancongan yang terkenal dan unik, malah ia juga menyumbang kepada pembangunan negara melalui stesen hidroelektrik di Jenagor, Hulu Terengganu. Keseluruhan pulau yang ada di Tasik Kenyir selepas ia dilimpahi air adalah 340 buah pulau. Dengan dikelilingi suasana Hutan Hujan Tropika, Tasik Kenyir amat popular bagi pencinta alam semulajadi, kaki pancing, jurugambar serta yang gemarkan cabaran. Di antara aktiviti yang selalu menambat hati pengunjung di sini adalah memancing, mandi air terjun, berkayak, menyusuri tasik dengan bot serta aktiviti lasak seperti kembara hutan, mendaki Gunung Gagau atau menjejak jejak Mat Kilau. AIr yang jernih di Tasik Kenyir pastinya...

Pengunjung blog