Posts

Showing posts with the label kambing

anak dan kambing... melihat mereka bagaikan terapi yang menenangkan

Image
Sekali sekala rasa nak tukar mood menulis kepada yang lebih ringan dan santai. Kali ini blogger ingin berkongsi rasa seronok merakam detik-detik gembira anak-anak bermain dengan anak-anak kambing yang manja. Kata orang betul kalau bermain dengan binatang yang jinak memang dapat mengurangkan tekanan dan stress, malah kita yang memerhatikan pun cukup seronok melihat tingkah laku anak-anak bersama haiwan ini. Jika kita dalam keadaan tidak tenang dan serabut dengan pelbagai masalah, bermain dengan haiwan ini boleh dikatakan terapi yang baik. Jika kita renungkan, biasanya golongan petani dan penternak, mereka ini cukup gembira dengan hidup mereka walaupun sentiasa menghadapi dan melalui kepayahan hidup. Mereka ada hiburan mereka sendiri dengan haiwan peliharaan lembu, kerbau, kambing, ayam dan itik yang sentiasa menceriakan mereka.

Kasihan kambing kena peluk dan kena cium

Image
Cuti sekolah ini sambil melayan anak-anak, seronok tengok mereka bergembira. Ini aksi yang sempat diraklam blogger semasa anak bermesra dengan kambing tempohari di Besut. Apabila direnung gambar tersenyum sendiri blogger dengan telatah anak-anak dan kambing ini. Siap berpeluk dan bercium dengan kambing. mesranya peluk kambing haha akan kupeluk sambil berlari

Jamuan Hari Raya Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu..ada kambing panggang

Image
Di penghujung Syawal baru-baru ini, blogger berkesempatan mengunjungi Majlis Jamuan Hari Raya dan Hari Inovasi Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (LPP) di Wisma Peladang berhadapan dengan Mydin Mall Kuala Terengganu. Majlis yang cukup meriah ini dihadiri oleh semua warga kerja LPP dan PPK seluruh negeri Terengganu, warga petani dan peladang serta kakitangan jabatan dan agensi yang berkaitan. Banyak sekali makanan disajikan daripada masakan tradisional seperti Nasi Minyak, Gulai kawah kambing, lemang, ketupat, rendang, laksa serta kuih tradisional seperti tapai pulut, buah-buahan, sate dan yang paling istimewa adalah Kambing Panggang . Dua ekor kambing panggang dihidangkan untuk hadirin. Nampak sungguh sedap kambing panggang yang telah diperap. Untuk makluman Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) telah mengorak langkah dalam memajukan ternakan kambing dan akan menjadi antara pembekal utama kambing terutama daripada baka Boer di negeri Terengganu. Kira-kira 2000 ekor ka...

Seronok bergurau dengan kambing

Image
Hari ada kesempatan untuk bergurau dan bermain dengan kambing. Mencari kelainan untuk menenangkan jiwa dari kekusutan tekanan kerja. Kambing juga yang jadi pilihan. Sebaik tiba di kandang terus didatangi kambing yang jinak dan mesra untuk dibelai. Sambil bergambar, ia seronok untuk digosok. Memerhatikan kambing makan amat seronok sambil melihat gelagat haiwan ini. Sebab itulah apabila kita melihat penternak dengan ternakannya sentiasa terjalin hubungan yang mesra dan tulus. Dari jauh lagi binatang ternakan akan menunggu enjin motor tuannya seakan-akan memahami siapa yang datang. Naluri hubungan begitu kuat sekali. Amat berbeza dengan kita manusia, sentiasa bercakaran, dendam dan irihati. Hubungan yang tulus amat sukar dicari. Oh ya, kat mana tempat ni... Ini di projek ternakan kambing Jamnapar i kat Agro Resort. Juga terdapat Kambing Kaprima dan Boer.

Pengunjung blog