Posts

Showing posts with the label ketupat

Makanan Tradisional dan peluang di LPT Pantai Timur.

Image
makan ketupat, lemang dan rendang RM11.00 Baru-baru ini semasa menghadiri mesyuarat di Port Dickson, Negeri Sembilan, sempat singgah di R&R Seremban menuju ke selatan tanahair untuk berhenti rehat dan pekena kopi panas. Apa yang menarik perhatian blogger adalah gerai jualan ketupat dan lemang bersama rendang. Tak payah tunggu hari raya, hari-hari boleh dapat di sini. Ideanya, menu atau juadah tradisional telah melangkah ke satu dimensi yang baru dan kini semua orang boleh merasanya terutama pengunjung atau pelancong yang singgah di sini. Kalau diambil kira harganya, tidaklah murah, dengan seketul lemang dan 2 biji ketupat berharga RM6 dan 6 ketul rendang yang dikira timbang kira-kira 100g berharga RM5, jadi semuanya RM11.00. Tetapi ianya berbaloi sebab bukan senang nakjumpa makanan sebegini selain musim perayaan. Tak payah tunggu raya nak makan R&R lebuhraya adalah pemangkin ekonomi kepada warga tempatan terutama pengusaha makanan samada makanan ringan, kuih m...

Jamuan Hari Raya Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu..ada kambing panggang

Image
Di penghujung Syawal baru-baru ini, blogger berkesempatan mengunjungi Majlis Jamuan Hari Raya dan Hari Inovasi Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (LPP) di Wisma Peladang berhadapan dengan Mydin Mall Kuala Terengganu. Majlis yang cukup meriah ini dihadiri oleh semua warga kerja LPP dan PPK seluruh negeri Terengganu, warga petani dan peladang serta kakitangan jabatan dan agensi yang berkaitan. Banyak sekali makanan disajikan daripada masakan tradisional seperti Nasi Minyak, Gulai kawah kambing, lemang, ketupat, rendang, laksa serta kuih tradisional seperti tapai pulut, buah-buahan, sate dan yang paling istimewa adalah Kambing Panggang . Dua ekor kambing panggang dihidangkan untuk hadirin. Nampak sungguh sedap kambing panggang yang telah diperap. Untuk makluman Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) telah mengorak langkah dalam memajukan ternakan kambing dan akan menjadi antara pembekal utama kambing terutama daripada baka Boer di negeri Terengganu. Kira-kira 2000 ekor ka...

Pengunjung blog