Pesta Pelita Raya di Tepoh, Terengganu memang meriah
Oleh: Suriati Ali Peserta Pertandingan Pelita Raya 2012 membabitkan lima kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh mempamerkan kreativiti masing-masing dengan memasang pelita mengikut kerangka buluh atau kayu yang dicipta. Terdapat di antara mereka membentuk kerangka bangunan Kuala Lumpur City Center (KLCC), Menara Kuala Lumpur, kapal terbang dan kubah masjid, astaka, kapal layar dan penyu. Kira-kira 200 rumah di Kampung (Kg) Padang Hangus, Kg Pagar Ubi, Kg Raja, Kg Baru dan Kg Tokeng mula diterangi cahaya pelita kira-kira jam 10 malam atau sebaik saja jemaah pulang dari mengerjakan solat sunat Tarawih. Suasana menarik serta cukup unik itu dapat dilihat selama tiga malam berturut-turut dan berakhir pada malam ini (5 Ogos). Tinjauan Teganukita di sekitar kampung yang terlibat mendapati peserta yang terlibat berganding bahu antara ahli keluarga untuk memasang pelita pada kerangka yang dibentuk. Apa yang menariknya, ada antara mereka masih mengekalkan tradisi m...