Posts

Showing posts with the label kg pelong

Promosi RM99 dua malam Mybha Malaysia sempena MATTA FAIR 2015 dan MAHA 2015

Image
Seminggu dua ini admin begitu sibuk sekali, sehingga belum sempat untuk update blog sejak Hari Raya baru-baru ini. Pelbagai program dan mesyuarat serta tuntutan tugas terpaksa di penuhi. Hampir kesemuanya penting terutama dalam memastikan pelancongan di Negeri Terengganu dan yang pastinya Daerah Setiu bertambah baik dan maju dari semasa ke semasa. Bermula dengan Mesysuarat Persediaan Pakej Khas Negeri Terengganu 2015 di SUK bagi membincangkan pakej-pakej menarik untuk diketengahkan oleh Terengganu pada tahun 2015 yang meliputi Warisan, Sejarah Ulama Terengganu serta keunikan Makanan Terengganu selain pakej-pakej Pulau serta Kenyir yang sememang popular dan terkenal. Seterusnya menghadiri Mesyuarat Hotel Budget Malaysia di Kuala Lumpur bagi persediaan pakej menarik yang akan mengetengahkan Mybha Malaysia di mata pelancongan Malaysia. Hasil sepakat, maka Promosi RM99.00 untuk dua malam di mana-mana hotel budget seluruh Malaysia ( Yang menyertai Promosi ini) diharap akan memberi...

Amazing Setiu: Membelai ikan di sungai Kampung Pelong.

Image
JINAK...Pengerusi JKKK Kampung Pelong, Abdul Rahman Abu Bakar (kiri) sedang memberi makan sekumpulan ikan di Taman Santuari Kelah, Kampung Pelong, Setiu, semalam. Taman Santuari yang terletak di sebatang sungai di Kampung Pelong itu memiliki pelbagai jenis ikan, antaranya ialah ikan kelah dan lampang. "Kita mula membiakan ikan ini sejak 2011 lagi dimana ikan kelah sebanyak 2,000 anak dan lampang sebanyak 10,000. "Lebih separuh ikan itu dapat membesar dan membiak dengan baik. Abdul Rahman@Shafie. Paling ramai ialah ikan lampang manakala ikan kelah sekitar 10 peratus daripada jumlah ikan lampang," katanya. Menurutnya, orang ramai boleh datang memberi makan dan melihat beribu-ribu ikan di santuari itu di mana lokasinya sekitar hanya 500 meter daripada pekan Kampung Pelong. "Kita bercadang mahu manjadikan kawasan santuari ini sebagai satu tempat kehadiran pelancong luar dan dalam negeri ke daerah Setiu ini dan mereka boleh menyentuh ikan-ikan ini kerana ia...

Pengunjung blog