Posts

Showing posts with the label kg pengkalan gelap

Pengalaman menarik pengunjung di Boardwalk Setiu, Wetland, Kg Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu

Image
Pengalaman unik dan sungguh bermakna pengunjung ini mengunjungi Boardwalk Setiu Wetland di Kg Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu. Bukan sahaja dapat menikmati keindahan Setiu Wetlands yang unik, malah dapat merasai sendiri pengalaman mencari kepah dan lokam yang sememangnya banyak di kawasan ini, malah ia juga kaya dengan kerang dan tiram yang tidak tercemar. Boardwalk yang sepanjang hampir 400 meter ini sememangnya kaya dengan spesis hidupan wetlands seperti ikan belacak, pelbagai spesis ketam, orkid liar dan macam-macam lagi. Kawasan ini juga cukup kaya dengan Ketam Nipah serta ikan siakap samada siakap putih ataupun merah. Ia juga merupakan kawan berkumpul burung-burung migrasi yang datang dari utara dunia seperti Siberia, utara China ke sini semasa peralihan musim sejuk. Lokam yang sememangnya banyak di sini dan memang terbaik Kepah antara tarikan di sini dan anda boeh merasai pengalaman mencari sendiri   Di sini juga terdapatnya spesis...

Nurseri Bakau Dan Nipah Kg Pengkalan Gelap Setiu

Image
Pusat semaian bakau dan nipah di Kg Pengkalan Gelap, Setiu ini adalah antara satu-satunya tapak semaian seumpamanya di negara ini. Ia adalah hasil kerjasama penduduk kampung bersama Pejabat Daerah Setiu dan Universiti Malaysia Terengganu. Langkah mewujudkan pusat semaian ini adalah sebagai satu cara bagi menyokong pemuliharaan alam sekitar paya becah atau 'wetland' yang kaya dengan khazanah alam. Di antara pokok yang menjadi tunjang kepada ekosistem wetland adalah bakau, nipah serta rhu. Di samping itu ia juga menjadi pusat pembiakan pelbagai spesis unggas, serangga, ikan marin, tuntung dan bermacam-macam lagi hidupan di wetland. Langkah mewujudkan pusat semaian ini adalah langkah terpuji supaya pemuliharaan warisan alam terus terpelihara untuk jangka masa yang panjang. Namun begitu langkah yang proaktif dan berterusan adalah perlu supaya ia berkesinambungan untuk generasi yang akan datang. Kesediaan Universiti Malaysia Terengganu untuk meneruskan kajian di kawasan wetland amat...

Pengunjung blog