Posts

Showing posts with the label kg rhu sepuluh

Layan ICT Terengganu ada WIFI ke?.. tak payah bawa laptop, hanya bawa wallet dan smartphone untuk ambil gambar.. di Kg Rhu Sepuluh, Setiu, Terengganu

Image
Layan ICT petang ni kat Kg Rhu Sepuluh, Setiu, Terengganu bersama pegawai MOA, MADA serta Pertanian Sarawak. Ada pegawai dari Sarawak yang bersama admin tadi tanya, nak buat apa kat sana, ada wifi ke??? Haha itulah kehebatan Terengganu, ICT Terengganu tak payah pakai WIFI, tak payah bawa laptop, bawa wallet dah cukup dah hanya bawa smartphone, itupun untuk ambil gambar je. Bila dah sampai dan diterangkan inilah ICT sebenar di Terengganu, barulah tersenyum. Seronok mereka menikmati hasil laut yang segar di sini. Apa yang best adalah telur sotong celup tepung dan juga satar goreng, selain ikan, sotong dan udang celup tepung.  #setiupost #terengganumyheritage #visitbeautifulterengganu2017

Pergambaran Program Makan Angin TV9 di Agro Resort, Setiu, Terengganu

Image
Pengacara Makan Angin TV9 Faiz di Agro Resort, Setiu, Terengganu Kali ini blogger ingin berkongsi gambar-gambar semasa rakaman rancangan program TV9 'MAKAN ANGIN' bersama pengacara Faiz. Episod di Terengganu ini mengenengahkan keunikan masakan belut, ketam kulit lembut, sambal kecupu serta keunikan tarikan di Terengganu seperti Kg Rhu Sepuluh, Laguna Setiu, Agro Resort serta Kuala Terengganu. Sepanjang pergambaran ini, kru ini telah menginap di Peladang Setiu Agro Resort selama 5 hari. Kru dan hos sedang bersarapan Sambal Buah Kecupu, makanan unik Terengganu Inilah buah kecupu yang semakin sukar untuk mendapatnya, pihak Agro Resort telah mengambil inisiatif menanamnya di sekitar resort Salah seorang kru mencuba bakat memasak di dapur Set pergambaran di restoran AGro Resort, Setiu, Terengganu Blogger bersama hos Faiz dalam episod Makan Angin di Terengganu Bukan sekadar lakonan tetapi dah jadi aksi realiti

Pengunjung blog