Posts

Showing posts with the label kg tepuh

'MAMAT' buaya yang dikatakan jinak di Kg Tepuh, Kuala Nerus...buaya ni tak pandai mengorat...

Image
Dengar cerita ada buaya yang jinak di Kg Tepoh iaitu di belakang KPFB Roomstay & Hostel. Buaya yang menginapa dalam kolam yang dahulunya digali untuk mendapatkan tanah liat untuk dibuat batu bata. Tentu ia suatu tarikan baru yang menarik, apapun kenalah berhati-hati agar sesuatu yang malang dan ttragedi tidak berlaku. Gambar di atas adalah rakan admin iaitu Wan Mohd Zaki yang juga Pengurus KPFB yang menunjukkan lokasi dimana buaya tersebut yang dikatakan jinak dan dipanggil MAMAT' Inilah tasik jika dilihat dari belakang KPFB Roomstay & Hostel dengan pemandangan yang catik di mana MAMAT adalah penghuninya. sumber: wan mohd zaki FB

Asam Pedas Ikan Baung, Kg Tepuh, Kuala Terengganu... menyengat

Image
Hari tu semasa ke Kuala Terengganu di atas urusan pejabat, sempat singgah di Restoran Ikan Baung , Tepoh, Kuala Terengganu. Lama dah teringin nak singgah di sini. Selalu tengok ramai juga orang singgah makan di sini. Pada kesempatan kali ini ingin sekali nak rasa  Asam Pedas Ikan Baung Sungai . Banyak juga lauk pauk di sini. Dan apa yang pasti menu utama adalah Asam Pedas Ikan Baung, ikan kelah pun ada juga selain ikan sungai goreng, masak lemak tempoyak, ulam ulaman dan macam-macam lagi. Mulut ini ingin sekali merasai kuah Asam Pedas. Dan apa yang pasti ia adalah resepi seperti Asam Pedas di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Sedap dan menyengat. Juga turut menjadi santapan tengahari itu adalah ikan Sebarau Sungai Goreng garing beserta sambal belacan. Rasanya lepas ini kalau teringin nak makan asam pedas Kuala Berang, tak perlu lagi nak pergi Kg Telaga atau simpang tiga Kuala Berang, dekat Restoran Ikan Baung ini sudah boleh mengubat rasa Asam Pedas Ikan Baung. Pelan...

Pengunjung blog