Posts

Showing posts with the label kisah benar

Kisah nama terpanjang di Malaysia.

Image
  Ini pun satu lagi kegilaan pelik ibu bapa zaman mutakhir ini iaitu memberi nama anak sampai 4 hingga 5 rangkap macam nak buat pantun. Nama anak yang dikatakan terpanjang di Malaysia ini adalah Princess Aura Nurr Etmily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Suffian. Kalau perasan, apabila imam membaca talqin akan di sebut wahai Si Fulan Binti nama ibunya. Begitu juga apabila anak ini meninggal kelak ataupun semasa berlangsungnya majlis akad nikah, tentu kelam kabut dibuatnya. Akhirnya di panggil 'mek' je senang.... Mek weeeh. Ada satu lagi kisah aneh iaitu nama bandaraya terpanjang di dunia adalah nama penuh bandaraya Bangkok yang tercatat dalam buku Guiness Book Of Record.. nanti kita cari kisahnya. Buku Guiness ini adalah antara buku kegemaran admin sejak sekolah rendah lagi.

Cara Asif Memindahkan Istana Balqis

Image
Artikel ini adalah sebagai membahaskan hujah Muhammad Isa Dawud tentang penggunaan tenaga cahaya dalam operasi pemindahan Istana Balqis oleh Asif Bin Barqiya. Artikel ini juga ingin menyatakan  ‘tidak setuju’  akan pendapat bahawa Asif telah menggunakan tenaga cahaya. Hujah ini bukanlah kajian baru, tetapi hujah yang diambil dari kitab kajian-kajian ulama’-ulama’ tasawuf terdahulu. Dalam bukunya (Muhammad Isa Dawud) yang bertajuk,  “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda” , dengan panjang lebarnya menerangkan akan teknologi cahaya yang telah dicapai sejak zaman silam. Penerangan ini mencakupi pelbagai sudut dan intipati bermula dari beberapa kiraan kelajuan cahaya, kenderaan UFO sehinggalah kepada kesimpulan bahawa Asif Bin Barqiya telah menggunakan cahaya. ( kami sendiri berasa hairan mengapa MID tidak menggunakan kitab tasawuf untuk membahas soal Asif bin Barqiya, mustahil beliau tidak mengetahui. Namun mungkin beliau ada sebab-sebab tert...

LHDN: Satu pengalaman cemas...oleh Khaidir Ahmad..

Image
Kisah ini sebagaimana yang diceritakan oleh Saudara Khaidir Ahmad yang mencemaskan di KLIA Pada 12 Disember 2017 saya bersama rombongan keluarga seramai 9 orang tiba di KLIA jam 9.30 pagi untuk menaiki pesawat ke Bandung. Selepas semua urusan check in dgn syarikat penerbangan, kami sekeluarga berbaris di tempat pemeriksaan Imigresen dan saya di belakang sekali. Ketika tiba giliran saya, pegawai Imigresen memberitahu "Encik tidak boleh ke luar negara kerana disenarai hitam oleh LHDN". Saya amat terkejut kerana saya sudah bersara dan semua hutang dgn LHDN sudah dijelaskan menerusi potongan wang pampasan persaraan sukarela (VSS) sebelum saya bersara pada 15 Disember 2014. Tambahan pula, dalam tempoh 3 tahun selepas bersara, saya tidak pernah menerima sebarang surat tuntutan hutang tertunggak drp LHDN di alamat kediaman tetap saya seperti yg tertera di MyKad saya. Dalam tempoh itu juga saya sudah beberapa kali ke Thailand atas urusan perniagaan, tetapi tidak...

Pengunjung blog