Posts

Showing posts with the label kuala berang

Pusat Konsrvasi Hiduan Liar (tuntung) Kg Dusun, Kuala Berang, Hulu Terengganu

Image
  Pusat Konservasi Hidupan Liar (tuntung) di Kg Dusun Hulu Terengganu di antara destinasi yang patut diketengahkan agar masyarakat lebih mengenali spesis terancam ini dan sama sama menjaga kelestarian habitat . Kata orang tak kenal maka tak cinta. Di sini bukan sahaja anda dapat mengenali habitat tuntung malah beberapa lagi spesis kura- kura yang agak sukar dilihat kini di sini malah saiz juga besar dan mengagumkan. Peranan tempat ini amat penting bagi memastikan spesis ini terus membiak dan habitatnya terpelihara malah kehidupan di habitat asal juga terjaga dan selamat. Jika ada peluang, bawalah anak anak dekati hidupan alam ini dan mereka bakal menjadi generasi yang menjaga hidupan ini di masa sekarang dan masa depan. #pusatkonservasi #tuntung #kurakura #huluterengganu #kgdusun

Imtiaz satu jenama baru lahir professional

Image
Oleh; Esah Abdullah Gambar oleh Zulkipli Putra Kerajaan yakin dengan adanya pelbagai kemudahan disediakan serta sistem pendidikan cemerlang yang diperkenalkan anak-anak negeri ini mampu memegang jawatan penting di jabatan kerajaan di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat berkata, bermula dari sekolah Tabika telah diajar menghafaz surah Muqadam dan di sekolah rendah dibekalkan dengan e-Book disusuli dengan kelas j-Qaf dan Kafa. “Keberkesanan ini mungkin akan dapat kita lihat 10 atau 15 tahun akan datang,” katanya kepada pemberi ta pada majlis penutup Program Khas Asasi Ulul Albab 2012 Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) dan Penyerahan Cek Bantuan Zakat Maidam di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu hari ini (17 Julai). Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Haji Wan Harujan Sulaiman d...

Pengunjung blog