Sejarah Setiu: Kampung Payang kini jadi lautan.
Abdul Rahman menunjukan laluan bot untuk ke Kampung Payang suatu ketika dahulu. Oleh: Aminudin Ismail. RAMAI yang tahu Kampung Payang yang terletak berhampiran Kampung Fikri, Daerah Setiu tetapi tidak ramai yang tahu di mana kedudukan sebenar Kampung Payang itu kerana sebahagian kampung itu kini menjadi lautan akibat fenomena alam iaitu hakisan laut akibat ombak membadai pantai. Semalam wartawan Teganukita ke Kampung Kuala Setiu, Setiu untuk berjumpa dengan seorang orang lama di kampung itu bagi menyingkap kembali kisah Kampung Payang yang pernah menjadi nadi bagi daerah Setiu suatu ketika dahulu itu. Abdul Rahman Ismail, bekas Penghulu Kampung Kuala Setiu yang kini berusia 82 tahun itu masih lagi sihat dan mampu mengingati peristiwa lama dengan baik termasuklah beberapa perkara tentang Kampung Payang. Beliau yang pernah berkahwin dengan penduduk Kampung Payang itu, berkata ibubapa penduduk Kampung Fikri sekarang ini adalah kebanyakannya berasal dari Kampung Payang dan mer...