Posts

Showing posts with the label kuala terengganu

Buffet Ramadhan 2026 Felda Residence Hotel Kuala Terenggau, memyelerakan

Image
  Semalam mendapat jemputan bagi Peluncuran Buffet Ramadhan Felda Residence Hotel Kuala Terengganu. Majlis juga bersempena pelancaran Kiosk Kopi Settlers di Hotel yang merupakan outlet kopi Felda yang memberi wajah baru kepada operasi dan cafe hotel. Majlis dilancarkan oleh Pengerusi Felda Dato Shaberi Bin Chik dan turut hadir sama adalah Pengerusi Ketengah Dato Rozi Bin Mamat serta pegawai tertinggi Felda ibu pejabat dan Negeri. Harga ' Burung Awal' yang di tawarkab oleh Felda Resodence ini adalah RM57 seorang daripada harga asal iairu RM67 seorang. Antara menu menarik yang ditawrkan adalah Nasi Mandy dan Kambing golek yang sedap. Pelbagai menu tradisional Terengganu seperti colek kateh, nekbat dan semalam ada Laksam yang memang sedap. Majlis turut dihadiri oleh rakan rakan media, agensi kerajaan dan sahabat handai. Terima kasih Puan Rosma, Pengurus Besar Hotel atas jemputan serta makanan yang sedap dan enak. #TRUETerengganu #buffetRamadhan

Bot Penambang Kuala Terengganu, warisan yang hidup

Image
  Bot Penambang Kuala Terengganu: Warisan yang Hidup 1. Latar & Peranan Asal Bot penambang merupakan mod pengangkutan utama penduduk Kuala Terengganu sejak awal abad ke-20. Ia menghubungkan tebing bandar (Pasar Payang, Pulau Warisan) dengan kampung seberang (Seberang Takir, Pulau Duyong, Pulau Ketam, Losong). Pada zaman dahulu, bot penambang ialah “lifeline” — mengangkut pelajar, peniaga, dan hasil laut ke bandar. Operasinya diwarisi turun-temurun; ada pengusaha generasi ke-2 dan ke-3 yang masih berkhidmat. Nilai Warisan dan Budaya Identiti Maritim Terengganu Bot penambang mencerminkan hubungan masyarakat dengan sungai & laut, sama seperti perahu kolek di Kelantan atau sampan di Melaka. Reka bentuk tradisionalnya (berbumbung kain kanvas, enjin luar, warna terang) ialah simbol warisan pesisir pantai. Cerita Manusia di Sebalik Bot Setiap pengusaha ada kisah unik — kehidupan nelayan, adat kampung sungai, loghat & gaya komunikasi tradisional. Ini boleh dijadikan bahan inte...

Payang Water Taxi, River Cruise terbaik di Kuala Terengganu.. anda patut menaikinya

Image
  Apa Itu Payang Water Taxi? The best River Cruise In Kuala Terengganu • Payang Water Taxi dioperasikan oleh Cas Ligas Sdn. Bhd., mula beroperasi sejak Jun 2018. • Bot boleh memuatkan kira-kira 40 orang sekali jalan. • Laluan/lokasi-hentian termasuk: Jeti Pulau Warisan, “I Love KT” (iklan/spot menarik di bandar), Masjid Kristal, Pulau Pasir, Duyong Marina & Resort, Jeti Seberang Takir, Jambatan Angkat serta Persisir Payang. • Tempoh pelayaran sekitar 45 minit untuk satu pusingan penuh, memberi masa yang cukup untuk menikmati pemandangan sungai, aktiviti santai, serta peluang bergambar. • Kadar tambang biasa: Dewasa ~ RM30, Kanak-kanak / Warga Emas / OKU ~ RM20. ________________________________________ Keistimewaan & Tarikan 1. Pemandangan Bandar Dari Sudut Berbeza Pelayaran di atas sungai memberikan perspektif unik terhadap Kuala Terengganu — melihat jambatan angkat (“drawbridge”), Masjid Kristal, mercu tanda maritim & pesisir, aktiviti nelayan serta kehidupan sekitar ...

Selera Tradisi Maidah Al barakah, bufet Ramadhan yang menarik di Hotel Paya Bunga Kuala Terengganu.

Image
  Baru baru ini dapat jemputan preview Buffet Ramadhan Selera Tradisi di Paya Bunga Hotel Kuala Terengganu. Ia juga dinamakan Iftar Maidah Al Barakah. Alhamdulilah banyak sekali menu yang menarik dan sedap. Banyak sekali yang istimewa di sini seperti gulai ketam, sup kambing berdengung, ayam percik, kambing golek, pelbagai kuih muih klasik dan moden. Memang rambang mata dibuatnya. Menunya bukan sekadar makanan moden dan continental seperti nasi arab, malah laksa tradisional Terengganu pun turut disajikan. Harga yang ditawarkan adalah RM88 bersih untuk dewasa dan RM48 untyk kanak kanak. Untuk tempahan dan pertanyaan bolehlah hubungi 0199847566 PB Hotel juga merupakan the best city hotel 2023 .

Berurusan di ASNB Kuala Terengganu sangat puashati dan suasana pun menarik

Image
  Baru baru ini, berurusan di pejabat ASNB Cawangan negeri Terengganu di Jalan Pejabat berhadapan Wisma Persekutuan. Cukup selesa dengan suasana yang berlainan daripada suasana perbankan. Pemilihan tona warna dan perabot cukup menyenangkan dan rasa duduk di pejabat korporat. Layanan staf kaunter juga amat bagus dan mesra, kalau tak silap ' Puan Faridah'. Tahniah ASNB Kuala Terengganu dengan very good Hospitality. ASNB Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965, dan merupakan anak syarikat kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB). ASNB ditubuhkan pada tahun 1978 dengan matlamat utama untuk menggalakkan pemilikan saham di kalangan rakyat Malaysia, khususnya dalam kalangan Bumiputera. ASNB menguruskan dana amanah pelaburan yang dikenali sebagai unit trust yang terbesar di Malaysia, menawarkan pelbagai produk pelaburan untuk membantu pelabur mencapai matlamat kewangan mereka. Antara produk yang ditawarkan termasuk Amanah S...

Maxim E-hailing Memperkenalkan Kemudahan Baharu Untuk Perkhidmatan Penghantaran

Image
  Perkhidmatan penghantaran mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna, bermula dari barangan kecil hingga barangan yang besar. Kadangkala sesetengah barangan tidaklah terlalu besar dan ianya dalam kategori barangan kecil dan ringan. Oleh yang demikian, Maxim E-hailing telah memperkenalkan kemudahan baharu kepada perkhidmatan penghantaran iaitu kereta pacuan roda 4x4. Jenis penghantaran ini akan menjadikan pengguna lebih mudah untuk menghantar barang yang ringan dan tidak memerlukan ruang yang besar. Barangan ringan contoh peralatan pejabat seperti kerusi atau meja, di mana jenis barang tersebut tidak termasuk dalam kategori barang besar atau kargo. Bagi menampung keperluan yang semakin meningkat untuk jenis penghantaran ringan oleh pengguna di Terengganu, inovasi dan pemikiran ke hadapan Maxim E-hailing telah memberi kesan positif kepada pemilik perniagaan kecil atau PKS. Biasanya, PKS dan pemilik perniagaan kecil yang lain akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan pe...

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

Image
  Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis yang terletak di bawah jambatan, Jalan Hiliran yang dulunya adalah Kedai Kopi Losong menjadi fenomena baru orang Kuala Terengganu. Ini adalah cawangan ketiga. Apa tidaknya jam 9.00 malam dah hampir habis semua lauk. Rupanya ia menjadi kegilaan baru orang Kuala Terengganu. Lauk yang disajikan juga menambat selera iaitu Ikan Bekok, Gulau Kawah, Ayam Goreng panas panas ikan kukus goreng, gulai ikan masin serta pelbagai lagi jenis lauk. Yang paling mengujakan adalah keenakan sambal belacan. Admin singgah semalam dan ramai sekali yang beratur untuk menikmati nasi berlauk waktu malam. Sebelum ni agak sukar nak makan lauk macam kat rumah apabila keluar makan kerana puratanya adalah masakan Thai ataupun masakan barat. Kedai yang dibuka dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam ini cukup menarik minat orang ramai untuk mencubanya dan memberi lebih pilihan kepada pelanggan untuk menikmati makan malam.

Roti Payang Nurul Islamiah, Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu, kedai lejeng ni

Image
Menu petang ni port lepak petang petang kosong hari ni, pakat balik awal belake. Puasang ni kita gi cari Roti Payang lejeng di Jalan Kamarudin iaitu Restoran Nurul Islamiah. Ambe kecik kecik ye jual dah. Kita tua nak masuk 5 siries ia masih teguh bertahan. Roti payang kuah daging cincang dok pun kari kambing atau ayam. Mang sedap dan lejeng. Dan ambe perati pelanggan utama dia set otai otai belake yang menjadi pelanggan setia sejak dulu. Dulu tak banyak kedai jual roti payang. Leni banyak dah pilihan seperti dekat Bsn, kuala ibai, batu 6, kat Ali spice dan banyak lagi. Tapi kedai lejeng tetap dalam kelasnya tersendiri. Ia penuh nostalgia dan memori yang membuatkan kita rasa seronok dan kembali ke zaman silam.dan kecil. Selain roti payang, Nasi beriani dia juga lejeng dan payah nak cari hok pesen serupa dia.Le ni macam macam pesen nasi beriani. Ambe pun lama dah dok makan nasi beriani dia. Lokasi dia berhadapan dengan showroom Cherry jalan kamarudin. Kedai bira jalan. Boleh google atau...

Nasi Ayam Yunan Batu Buruk, di antara nasi ayam terbaik di Terengganu.. cubalah

Image
  Makan tengahari di Kuala Terengganu? Nasi Ayam Yunan di Medan Selera Batu Buruk antara nasi ayam terbaik di Terengganu. Ayam dan sos kicap serta sambalnya cukup memikat selera. Ditambah dengan Baby Kailan dan sayur taugeh memang jaddi dan palut molek, kata orang Teranung. Kedai nasi ayam ini sudah lama bertapak di Kuala Terengganu dengan resepi Cina Muslim Yunan yang menjadi sebahagian Cina Muslim Terengganu sejak sekian lama. Selain Nasi ayam yunan , Nasi Ayam Nurul Iman depan Smaasza Baru Buruk juga antara nasi ayam lejeng bagi orang Terengganu. Datang Terengganu banyak lokasi makanan sedap patut rasa. #nasiayamyunan #nasiayamterengganu #makantengahariterengganu #BeautifulTerengganuMalaysia #jalanjalancarimakan

Pengunjung blog