Posts

Showing posts with the label kuih muih

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Image
Pasar malam begitu sinonim dengan masyarakat di Terengganu. Lebih 90 peratus daripada masyarakat di negeri ini pernah mengunjungi pasar malam sekurang-kurangnya sekali. Terdapat pelbagai jenis juadah makan boleh dibeli di pasar malam. Antara yang paling popular ialah ayam goreng, nasi berlauk, murtabak, dan macam-macam lagi. Berikut senarai lokasi pasar malam di Kuala Terengganu setiap hari. Ahad Pasar Malam Wakaf Tengah Batu Rakit Pasar Malam Permint Jaya Chendering Pasar Malam Bukit Payong Pasar Malam Batu 6 Isnin Pasar Malam Manir Pasar Malam Atas Tol Pasar Malam Wakaf Tembesu (dekat Masjid) Pasar Malam Padang Polis (kecik je) Pasar Malam Banggol Peradong Selasa Pasar Malam Gong Badak Pasar Malam Simpang 4 Lama Chendering (Dulu dkt Chendering Puspakom) Pasar Malam Pengadang Baru Pasar Malam Cabang 3 Pasar Malam Bukit Guntong Rabu Pasar Malam Wakaf Tengah Batu Rakit Pasar Malam Serdang Baru Pasar Malam Kg Baru Seberang Takir Pasar Malam Tok Adis ...

Nasi Berlauk Bawah Pokok Besar Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu

Image
Nasi Berlauk Ikan Aya Jika berkunjung ke Kuala Terengganu, di antara kedai atau warung yang sering menjadi pilihan blogger terutama pada waktu petang adalah Kedai Nasi Berlauk bawah pokok besar dekat Kg Tanjung. Ia terletak di simpang tiga jalan menuju ke flat Sri Kolam. Di antar kuih yang dijual di sini Di antara menu yang menjadi pilihan jika ke sini adalah Nasi Berlauk Ikan Aya. Kena pula dengan sambal belacan yang kaw dan power memang 'nyangkut'. Kena kuah lebih sikit dengan tambahan telur mata, memang 'kemah'. Selain banyak lagi pilihan lain di sini seperti nasi minyak, nasi kuning, nasi lemak dan ada yang kata Kuew Tiaw Gorent kat sini sedap. Kena petang-petang sedap nihh Pilihan kuih muih juga banyak dan bermacam-macam pilihan. Dan sememangnya diremang senja ia sentiasa menjadi pilihan untuk minum petang dan makan malam dan sentiasa bertali arus pengunjung ke sini . Walaupun kedainya hanyalah sekadar warung, ia tetap menjadi pilihan ramai.

Pengunjung blog