Posts

Showing posts with the label kuih tradiisional

Kuih Mas Sejemput, kuih warisan Terengganu... memang istimewa

Image
Kuih Mas Sejemput adalah kuih tradisional Melayu di negeri Terengganu. Kuih ini mempunyai rasa lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula.  Kuih mas sejemput berbentuk tiga segi yang biasanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan, perkahwinan dan sebagainya Ia agak sukar untuk dijumpai, mungkin keran kemahiran membuatnya sudah semakin berkurangan untuk generasi sekarang. Inilah kuih warisan tradisional Terengganu @terengganu times . #KuihTerengganu

Kuih tradisional jadi pilihan pengunjung Bazar Ramadan

Image
  Oleh: Suriati Ali Gambar ZULKIPLI PUTRA Puluhan kuih tradisional Terengganu seperti nekbat sira, onde-onde, puteri mandi, buah gomok, tepung pusu, asam gumpal, tepung pelita dan akok telur mendapat sambutan mengalakkan setiap kali menjelang Ramadan. Kuih Penganan Kuih Seri Muka @ Tok Aji Serban Tinjauan Teganukita di beberapa bazar Ramadan di kawasan bandar raya Kuala Terengganu mendapati kebanyakan pembeli terutama warga emas tidak melepaskan peluang membeli kuih tradisional itu yang dijual antara RM0.50 hingga RM1.50 sekeping. Peniaga bazar Ramadan, Rohayu Alias, 26, berkata setiap tahun beliau menjual kuih-muih pada bulan puasa dan antara kuih yang dijual termasuk kuih menganang telur yang diperbuat daripada tepung gandum dan telur. "Kebiasaannya saya menjual kuih baulu, namun pada bulan puasa kuih menganang telur ini lebih mendapat sambutan dan mendapat permintaan yang tinggi. Kuih istimewa iaitu Jala Mas "Dalam seha...

Pengunjung blog