Asam Gumpal Laris Menjelang Ramadan- Teganu Kita
Asam gumpal antara makanan tradisional paling laris setiap kali menjelang Ramadan dan mudah diperoleh di puluhan gerai juadah dan bazar Ramadan di Terengganu. Pengusaha makanan itu , Wan Kalsom Wan Jusoh atau ingin disapa Kak Han, berkata menerima tempahan antara 2,000 hingga 3,000 biji asam gumpal sehari menjadi perkara biasa baginya bersama lima pembantu lain sebaik menjelang awal Ramadan dan akhir Syawal “Saya kadang kala pening untuk memenuhi permintaan pelanggan yang sememangnya berganda berbanding hari biasa. “Rata-rata pelanggan yang datang menempah makanan tradisional itu untuk pelbagai tujuan, termasuk dihidangkan kepada tetamu majlis berbuka puasa, rumah terbuka, mengagihkan kepada jiran atau saudara dan dijadikan sebagai pencuci mulut sewaktu berbuka puasa,” katanya. Katanya, jika kuantiti tempahan berjumlah 2,000 hingga 3,000 sehari, sebanyak 15 hingga 20 kilogram tepung sagu diperlukan dan bahan sampingan lain yang turut digunakan, santan, kacang hijau dan ...