Posts

Showing posts with the label madu

Minum madu, sebagai ubat atau penawar

Image
  Minum madu sebagai ubat dan penawar ada caranya Selama ini, tujuan makan madu selain nak sihat tentu-tentulah nak sembuhkan penyakit. Tapi kenapa walau dah habis berbotol madu, sakitnya masih ada.. tak jadi ubat. Rupanya cara minum madu itu yang salah. Dr Hisham bin Hashim, seorang herbalis dan gemologis memaklumkan petua bukan sekadar apa yang difikirkan sebagai tinggalan orang dulu-dulu. Petua itu sebenarnya adalah daripada Rasulullah SAW. Mengamalkan pemakanan sunnah sepatutnya memberi kesan yang cukup baik. Antara makanan sunnah adalah habbatus sauda, madu lebah dan minyak zaitun. Tapi mengapa pemakanan yang disebutkan dalam al Quran mahupun hadis dengan kesan penyembuhan ini tetap tidak memberi kesan penyembuhan dalam diri seseorang? Maka itu, perlunya petua dirujuk kembali. Kerana antara petua dan ilmu itu, petua juga sama penting. Andai ada ilmu yang banyak sekalipun, tanpa cara betul mengamalkan petua, Petua tetap tidak menjadi ubat. Madu lebah mempunyai kesan penyembuhan...

Hasil sulong madu lebah kelulut... sedap rasanya

Image
madu lebah kelulut Inilah hasil sulong dari ternakan lebah kelulut di rumah. Tak banyak cuma dua koloni sahaja. Memang seronok tengok lebah kelulut ini. Balik kerja petang-petang, jengok sekejap bagi menghilangkan penat dan tekanan kerja. Dan setelah dua bulan, inilah hasil madu daripada lebah kelulut. Sedap rasanya, masam-masam manis. Ianya dikatakan cukup berkhasiat dan antara madu terbaik. sarang lebah kelulut pintu masuk koloni Ia amat baik untuk kesihatan kita terutama bagi mereka yang ada ulser dalam mulut. Jika di pasaran, harga madu kelulut ini agakmahal kerana ia agak sukar untuk didapati dan ia juga tidak secepat dan sebanyak madu daripada lebah madu. pintu masuk Apa yang admin buat adalah suka-suka dan juga sebagai education kepada anak-anak untuk mereka mendekati keunikan alam dan juga alam haiwan.

Alahai manisnya madu

Image
Apabila di sebut madu, ramai yang mudah rasa sensitif. Kalau boleh sebut pun jangan. Padahal bukan semua madu itu pahit. Malah untuk bercakap atau berbincang pasal madu yang asli un boleh kena marah atau ada yang tarik muka. Itulah madu. Kali ini blogger akan membawa anda anda ke Mercang, Marang, Terengganu bagi melihat sendiri Ternakan Lebah Madu. Lebah adalah sejenis binatang yang unik dan menghasilkan madu yang amat berkhasiat kepada alam dan manusia. Hinggakan ia dirakam sebagai satu Surah dalam Al Quran. Penghasilan madunya amat penting dan berguna dengan pelbagai khasiat kepada manusia. Daripada madu, serbuk pollen, royal jelly, propolis, lilin lebah semuanya mempunyai khasiat yang tersendiri. Apa yang unik madu dan lain-lain hasilan daripada lebah adalah bersifat anti septik dan bersih. Ternakan madu ini terdiri biasanya di ternak daripada koloni tempatan dan juga koloni yang di impor daripada Itali. Manakala penghasilan madu adalah bergantung kepada persekitar...

Pengunjung blog