Posts

Showing posts with the label maidam

Semakan Permohonan dan Ujian Bertulis SMA Negeri Terengganu Tingkatan satu 2018

Image
Permohonan Ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu dan Madrasah Moden MAIDAM adalah aplikasi berasaskan web yang disediakan oleh Unit ICT JHEAT dan dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan. Modul ini digunakan oleh ibubapa/penjaga yang ingin membuat permohonan ke Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 6. Aplikasi ini boleh dicapai oleh mana-mana komputer yang mempunyai kemudahan internet. Untuk memohon sila klik Menu  Aplikasi Online  dan pilih kategori yang berkaitan. Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian : 1) Permohonan ke SMANT akan dibuka pada  23 November 2017 (Khamis) jam 9.00 pagi dan ditutup pada 27 November 2017 (Isnin) jam 4.00 Petang 2) Semakan Ujian Bertulis akan dibuka pada 30 November 2017 (Khamis) jam 9.00 pagi 3) Ujian akan diadakan pada tarikh seperti berikut :      4 Disember 2017  bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Terengganu      6 Disember 2017  bagi kem...

Imtiaz satu jenama baru lahir professional

Image
Oleh; Esah Abdullah Gambar oleh Zulkipli Putra Kerajaan yakin dengan adanya pelbagai kemudahan disediakan serta sistem pendidikan cemerlang yang diperkenalkan anak-anak negeri ini mampu memegang jawatan penting di jabatan kerajaan di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat berkata, bermula dari sekolah Tabika telah diajar menghafaz surah Muqadam dan di sekolah rendah dibekalkan dengan e-Book disusuli dengan kelas j-Qaf dan Kafa. “Keberkesanan ini mungkin akan dapat kita lihat 10 atau 15 tahun akan datang,” katanya kepada pemberi ta pada majlis penutup Program Khas Asasi Ulul Albab 2012 Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) dan Penyerahan Cek Bantuan Zakat Maidam di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu hari ini (17 Julai). Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Haji Wan Harujan Sulaiman d...

Pengunjung blog