Posts

Showing posts with the label majlis sukan negeri terengganu

Adik Irsyad Rosdi, anak Setiu menjuarai Kejohanan Badminton Antarabangsa Langkawi 2017 bawah 13 tahun... hebat anak Setiu, Terengganu

Image
Tahniah buat adik Mohd Irsyad Rosdi, anak Setiu, Terengganu yang telah menjuarai perseorangan dan bergu Kejohanan Badminton Antarabangsa Langkawi kali ke 6, Piala Menteri Besar bagi kategori bawah 13 Tahun yang berlangsung pada 30 Nov hingga 3 Dis 2017. Bakat muda ini diharap akan menjadi pelapis negara dan pengganti kepada Dato Lee Chong Wei kelak. Sokongan dan pengorbanan ibubapa amat penting dalam membangunkan bakat hebat sebegini di mana Adik Irsyad ini berulang alik menjalani latihan di Sekolah Sukan Bukit Nenas Terengganu sejauh 50km hampir setiap hari dibawah bimbingan jurulatih sekolah sukan. Diharap bakat hebat ini terus diberi sokongan supaya terus berkembang dan mendapat sokongan penuh terutama dalam menjalani latihan serta menyertai kejohanan sebagai pendedahan untuk menjadi juara pada masa depan. Tahniah adik  Irsyad dan bapanya Rosdi Ismail dari Kg Chalok Kedai, Setiu Terengganu #setiupost #majlissukannegeriterengganu #setiujuarasukan

Setiu mengungguli Kejohanan Pingpong Tertutup Terengganu 2017

Image
Kejohanan Pingpong Tertutup Terengganu 2017 telah berlangsung pada 2 Disember 2017 bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak. Seramai lebih 130 penyertaan telah diterima meliputi perseorang lelaki dan wanita serta bergu lelaki dan wanita. Kejohanan ini diadakan sebagai persediaan bagi memilih wakil pasukan Terengganu ke Kejohanan Pingpong Malaysia 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 20 hingga 23 Disember 2017. Keputusan penuh kejohanan adalah sebagaimana berikut: Perseorangan lelaki; Johan- Rosuwady Shukri- Setiu Naib johan- Wah Tee Lee- Hainan ketiga- Saiful Bahri Omar- Wakaf mempelam  dan Chin Kuan Tuan- Hainan Perseorangan Wanita Johan- Ter Chin Shyuen- Hainan Naib Johan - Nurul Izza Zaharuddin- Setiu Ketiga- Nur Aliya Syafiqah kamaruzaman- Alor Damat dan Nurul Syazwani- Seberang Takir Bergu Lelaki Johan- Rosuwady Shukri/ Nazri- Setiu Naib Johan- Mohd Yusuf Ibrahim/ Che Nuzul Hapiz Che Alias- Setiu Ketiga- Saiful Bahri/ Masrin- Wakaf mempelam dan R...

Pengunjung blog