Posts

Showing posts with the label makan tengahari

Nasi Ayam Penyet di Quinara Al Safir Resort... serba cukup....

Image
Kebetulan pada suatu hari , ada mesyuarat di Quinara Al Safir Resort , Tok Jembal Kuala Terengganu dan pada waktu tengahari telah diperkenalkan menu yang baru iaitu Nasi Ayam Penyet. Alhamdulilah nampak rupa macam sedap dengan ayam gorengnya, serta sambal nya dan juga turut dihidangkan bersama Daging Singgang. Macam kena je.. Dan harga yang ditawarkan pun berpatutan iaitu RM10.90 bagi special dan RM12.90 bagi ayam kampung dan harga ternasuk minuman serta buah potong. Setelah menikmatinya memang sedap sungguh dan sambalnya pedas molek. Singgang daging pun sedap. Kira cukup kena lah. bagi anda yang ingin mencuba boleh lah berkunjung ke Lambur Cafe di Quinara Al Safir Resort. Bagi maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak resort di talian 09-6674040 #setiupost #terengganumyheritage

E Nasi Kukus Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu... jadi ngat nasi dia...

Image
E nasi kukusyang terletak di  jalan kamarudin, kuala Terengganu sememangnya menjadi antara lokasi pilihan makan tengaharidi kuala Terengganu. Nasi, ayam goreng dan gulai yang enak memang menggamit rasa dan banyak sekali lauk pilihan untuk dipadankan dengan nasi kukus. Harganya juga berpatutan dan sentiasa menarik ramai pengunjung samada makan di kedai mahupun secara bungkus. Macam macam lauk ada termasuk itik dan ayam kampung serta ulaman serta sambal belacan, budu serta tempoyak. Admin yang makan bersama 4 orang termasuk 4 jenis air dengan kos sebanyak rm 31.00. Memang berbaloi. Lokasikedai E Nasi Kukus ini betul betul di hadapan trafik light Jalan Kamarudin dan tidak jauh daripada Kuala Terengganu Specialist Hospital. Selamat menjamu selera # setiupost # visitbeautifulterengganu2017

Nasi Ayam Bakar di Terengganu Waterfront

Image
Di antara destinasi makan tengahari di Kuala Terengganu adalah NASI AYAM BAKAR di medan selera Terengganu Waterfront di Pulau Kambing, Kuala Terengganu. Terletak bersebelahan Hotel Felda Residence, menyediakan menu Nasi Ayam bersama Ayam Bakar atau Daging Bakar. Menarik dan ada kelainan. Ramai juga yang memilih untuk makan tengahari di sini.

Pengunjung blog