Ubi Gadung.. ubi beracun menjadi santapan orang tua kita.. hebat kan..
Selepas post satu gambar ubi gadung yang dijumpai di kebun di Kg Hulu Kekabu, Setiu, Terengganu, rasa terpanggil untuk mencari sedikit maklumat berkaitan dengan ubi gadung ini. Pelbagai respon dari sahabat berkaitan ubi yang agak payah untuk dijumpai kini dan agak 'rare ' ini. Nama saintifik ubi gadung ini adalah Dioscorea daemona atau D.hispada Dennst. Di Thailand ia dikenali sebagai Kloi dan manakala di Filipina ia dipanggil Nami. Ia merupakan sejenis ubi beracun jika dimakan mentah begitu sahaja ,alah mengikut laporan jika memakan ubi ini secara mentah bersaiz epal sahaja boleh membunuh si pemakannya. Walaupun begitu ia tetap menjadi santapan yang yang enak orang-orang tua kita dahulu. Hebat kan. Barang beracun menjadi santapan. Dan Admin juga pernah memakannya semasa kecil ubi ini yang dibuat oleh arwah bonda untuk dimakan dengan kelapa bersama garam dan gula. memang sedap terutama pada musim hujan. Ia dikatakan berasal dari India tetapi telah tersebar luas di Asia Te...