Posts

Showing posts with the label makanan tradisi

Budu, cencalok serta tempoyak.. rupanya sumber probiotik yang hebat...

Image
Oleh :   Dr Shariza binti Jamek Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli, Universiti Malaysia Pahang Apabila kita bercakap mengenai probiotik, tentunya dadih (yogurt) serta minuman susu kultur seperti Vitagen, Yakult akan terlintas di fikiran kita dahulu. Ini kerana kita sedia maklum  terdapatnya kandungan kultur bakteria baik di dalam minuman tersebut. Namun bagaimana pula dengan makanan tradisional kita seperti budu, cencalok dan tempoyak, adakah mereka  boleh dikategorikan  sebagai sumber probiotik dan juga prebiotik?. Apa beza di antara prebiotik, probiotik dan juga sinbiotik ? Sebelum kita membincangkan topik ini dengan lebih lanjut, mari kita fahami dahulu istilah – istilah berikut; probiotik, prebiotik dan sinbiotik. Apakah perbezaan utama di antara ketiga-tiga istilah ini?. Probiotik menurut definisi daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan daripada Amerika Syarikat (FDA)  serta Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bermaksud bakter...

Ubi Gadong.. walaupun beracun tetapi berkhasiat.. dan menjadi makanan yang enak orang Terengganu dan Kelantan

Image
Airul Ain Ashri & Azwan Mat Lazim, PhD Ubi gadong merupakan sejenis ubi yang eksotik di negara kita. Ia mungkin menjadi salah satu sumber karbohidrat suatu ketika dahulu, namun kini ubi gadong kian dilupakan. Oleh kerana ia mengandungi komponen sianida dalam kumpulan alkaloidnya, ubi ini perlulah direndam dan dicuci dengan bersih terlebih dahulu bagi membuang racun (discorina) sebelum boleh dimakan atau digunakan sebagai ubatan. Apa yang menarik, ekstrak daripada ubi ini telah digunakan sebagai salah satu ramuan dalam penghasilan racun bagi masyarakat tradisional Melayu dalam menuba ikan dan mengawal makhluk perosak bagi penanaman padi. Selain itu ia turut digunakan oleh pengamal ilmu hitam dalam ramuan santau atau sihir. Oleh kerana ubi ini tidak lagi digunakan secara meluas, maka kumpulan penyelidikan kami telah mengeksploitasi serta memodifikasi hasil daripada ubi ini kepada suatu bahan yang lebih sofisikated. Antaranya hidrogel, surfaktan, pengelmusi, titik nano dan salutan. ...

Rasa nak Makan Rojak Keling.....kat mana paling best di Terengganu?

Image
Baru-baru ini admin kebetulan ada urusan di Kuala Terengganu, tiba-tiba rasa nak makan Rojak Ayam atau orang Terengganu panggil Rojak Keling. Tak tahulah kenapa ia digelar Rojak Keling. Apapun rojak ayam Terengganu ini memang unik dan sedap dengan kuahnya berkacang masam manis cukup rasa dengan jemput atau cekodok, tauhu goreng, telur ebus, ubi kentang rebus yang digoreng bersama salad dan hirisan ayam. Ada yang memasukkan paru dan limpa goreng. Restoran Hidayah di Jalan Bukit Kecil berhampiran dengan Pasaraya Sabasun. Memang sedap rojak sini. Minta kuah lebih sikit. Ada banyak kedai atau restoran yang menjual Rojak Ayam yang sedap di Terengganu ini , di antaranya: Restoran Nasi Ayam Nurul Iman, Batu Buruk Rojak Sultan Chendering Rojak Ayam Buluh Gading Rojak Ayam Batu 6, Hadapan Pasar Batu 6 Dulu ada satu restoran yang admin rasa terbaik untuk Rojak Ayam iaitu di Pulau Kambing depan Kedai Perabot Tat Heng, lepas tutup tak tahu pindah kat mana. Rasa rojak ayam di si...

PENULISAN ARTIKEL BLOG TERBAIK SEMPENA SELERA RASA TERENGGANU 2018

Image
PENULISAN ARTIKEL BLOG TERBAIK SEMPENA SELERA RASA TERENGGANU 2018 o    Pertandingan penulisan artikel blog ini adalah bertemakan KUIH DAN MASAKAN TRADISIONAL TERENGGANU o    Ia terbuka kepada semua penulis blog di Malaysia o    Kongsikan pengalaman TERBAIK anda berkaitan masakan ataupun kuih tradisi dan warisan Terengganu samada pengalaman memasak, makan, keunikan dan pelbagai lagi . o    Pertandingan penulisan ini adalah dalam BAHASA MALAYSIA @ MELAYU sahaja. o    Dan akan bermula pada 25 APRIL 2018 sehingga 12.00 malam 4 Mei 2018. o    Setiap penulisan hendaklah diterbitkan di blog masing-masing dan §   setiap ‘link’ atau pautan hendaklah di siar di Facebook dan §   Di siar Istagram masing-masing dan §   kemudiannya di email kepada pihak penganjur di terengganulegend@yahoo.com dengan tajuk: SELERA RASA TERENGGANU: XXXXXXXXXXXXXXXX beserta dengan ¨      ...

Peluang Niaga di SELERA RASA TERENGGANU 2018.. cepat ..ada sikit lagi...

Image
Tawaran masih terbuka kepada usahawan dibawah agensi ! SPECIAL PRICE hanya untuk usahawan dibawah agensi yang terlibat.   Antara agensi terlibat : - YPU - YPK - SME CORP - MARA - PERIKANAN - PERTANIAN - PERLADANGAN Jika perseorangan, harga masih kekal dengan harga yang lama Booth semakin limited ! so sesiapa yang masih berminat nak join boleh direct contact person in charge ye   :) Admin: Dimaklumkan pada malam perasmian dijangka lebih 20,000 pengunjung akan berada di situ sempena dengan Perarakan MAZU iaitu perarakan Kaum Tionghua dengan pelbagai event menarik.. Satu peluang bisnes yang hebat #selerarasaterengganu #setiupost

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Image
Pasar malam begitu sinonim dengan masyarakat di Terengganu. Lebih 90 peratus daripada masyarakat di negeri ini pernah mengunjungi pasar malam sekurang-kurangnya sekali. Terdapat pelbagai jenis juadah makan boleh dibeli di pasar malam. Antara yang paling popular ialah ayam goreng, nasi berlauk, murtabak, dan macam-macam lagi. Berikut senarai lokasi pasar malam di Kuala Terengganu setiap hari. Ahad Pasar Malam Wakaf Tengah Batu Rakit Pasar Malam Permint Jaya Chendering Pasar Malam Bukit Payong Pasar Malam Batu 6 Isnin Pasar Malam Manir Pasar Malam Atas Tol Pasar Malam Wakaf Tembesu (dekat Masjid) Pasar Malam Padang Polis (kecik je) Pasar Malam Banggol Peradong Selasa Pasar Malam Gong Badak Pasar Malam Simpang 4 Lama Chendering (Dulu dkt Chendering Puspakom) Pasar Malam Pengadang Baru Pasar Malam Cabang 3 Pasar Malam Bukit Guntong Rabu Pasar Malam Wakaf Tengah Batu Rakit Pasar Malam Serdang Baru Pasar Malam Kg Baru Seberang Takir Pasar Malam Tok Adis ...

Opok-Opok, makanan tradisi Terengganu

Image
Inilah antara makanan tradisi Orang Teremggamu iaitu Opok-Opok yang diperbuat daripada tepung ubi dan di makan bersama kelapa parut. Memang unik pembuatan dan enak sekali rasanya. Pihak Muzium Negeri Terengganu akan mengadakan demonstrasi masakan tradisi ini di Rumah Warisan Haji Su Kg Losong Haji Su pada setiap hari Ahad untuk tatapan generasi kini. Ia akan diadakan dari jam 9.00 hingga 5.00 petang. Rumah Warisan Haji Su antara khazanah warisan negeri yang kini dipelihara dengan rapi sebagai warisan negeri Terengganu terutama tentang senibina serta budaya hidup masyarakat Terengganu. Sumber : Muzium Negeri Terengganu  #setiupost

Kiosk Keropok Lekor Terengganu

Image
SEBUT sahaja berkenaan produk makanan berasaskan ikan, pastinya ramai akan teringat kepada Terengganu. Negeri yang sedang pesat membangun itu bukan sahaja terkenal dengan pelbagai produk makanan berasaskan ikan malah turut kaya dengan budayanya. Keropok lekor umpamanya telah menjadi ikon produk makanan kepada Terengganu di mana makanan tersebut di hasilkan secara besar-besaran untuk dipasarkan ke seluruh negara Jika dahulu, keropok lekor hanya dinikmati oleh masyarakat Terengganu khususnya di waktu santai tetapi kini, dengan bertambahnya permintaan serta keberkesanan proses pemasaran, produk tersebut boleh dinikmati oleh hampir seluruh rakyat negara ini. Fenomena tersebut diakui oleh pengusaha produk sejuk beku, Sinku Manufacturing Sdn. Bhd.,  Zalehah Mohamad. Katanya, permintaan terhadap produk makanan berasaskan ikan amat tinggi terutamanya keropok lekor. ''Saya memulakan perniagaan ini sejak tahun 2000. Asalnya untuk memasarkan keropok lekor panjang tradisio...

Makan 'SERABE' sedap

Image
Inilah rupa kuih tradisional 'SERABE' 'Serabe' adalah antara makanan tradisional rakyat Terengganu yang kini agak sukar didapati. Ianya memang sedap dan didatangkan bersama kuah lemak dan kuah manis. Baru-baru ini blogger berpeluang merasa ' Serabe' yang sedap hadiah buahtangan rakan dari Kuala Terengganu. Kalau nak cari 'Serabe ' mungkin ada di Pasar Bukit Besar, Pasar Cabang Tiga atau Pasar Kedai Buluh. Sememangnya makanan warisan ini mampu melangkah jauh dan menjadi tarikan orang ke Terengganu.

Makanan Tradisional dan peluang di LPT Pantai Timur.

Image
makan ketupat, lemang dan rendang RM11.00 Baru-baru ini semasa menghadiri mesyuarat di Port Dickson, Negeri Sembilan, sempat singgah di R&R Seremban menuju ke selatan tanahair untuk berhenti rehat dan pekena kopi panas. Apa yang menarik perhatian blogger adalah gerai jualan ketupat dan lemang bersama rendang. Tak payah tunggu hari raya, hari-hari boleh dapat di sini. Ideanya, menu atau juadah tradisional telah melangkah ke satu dimensi yang baru dan kini semua orang boleh merasanya terutama pengunjung atau pelancong yang singgah di sini. Kalau diambil kira harganya, tidaklah murah, dengan seketul lemang dan 2 biji ketupat berharga RM6 dan 6 ketul rendang yang dikira timbang kira-kira 100g berharga RM5, jadi semuanya RM11.00. Tetapi ianya berbaloi sebab bukan senang nakjumpa makanan sebegini selain musim perayaan. Tak payah tunggu raya nak makan R&R lebuhraya adalah pemangkin ekonomi kepada warga tempatan terutama pengusaha makanan samada makanan ringan, kuih m...

Ketupat Sotong .. makanan tradisi Terengganu

Image
Inilah ketupat sotong, makanan tradisi rakyat Terengganu... memang sedap Apabila terkenang musim mencandat sotong, pasti terkenang menu kegemaran blogger iaitu Ketupat Sotong. Rasanya yang lemak manis pastinya mengecurkan airliur dan selera. sotong bersama pulut yang dimasak bersama santan dan gula melaka... fuhhh memang best Walaupun harga sotong dan makanan laut lain meningkat dengan begitu ketara hingga mencecah RM15 hingga RM17 1/kg (harga Julai 2011) namun keinginan untuk makan ketupat sotong sentiasa dicari. Terdapat dua jenis ketupat sotong yang selalu di masak iaitu kalau di kawasan Kuala Terengganu dan ke selatan ianya di masak secara lemak dan berkuah putih. Ianya boleh dijadikan lauk atau pencuci mulut.  antara makanan kegemaran blogger Kalau di sebelah Setiu dan Besut ia dimasak sedikit manis bersama gula melaka dan sedikit gula dan warnanya sedikit merah dan gelap. Yang ini adalah menjadi kegemaran blogger. Ia di masak bersama pulut yang direndam dan ...

Pengunjung blog