Posts

Showing posts with the label makanan warisan

Nasi Dagang Atas Tol Terengganu.. apa istimewanya?

Image
  Berikut cerita tentang Nasi Dagang Atas Tol (NDAT), — satu tempat makan terkenal bagi penggemar hidangan tradisional di Terengganu: 🍽️ Apa itu Nasi Dagang Atas Tol Nama “Nasi Dagang Atas Tol” merujuk kepada sebuah kedai/restoran di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, yang popular dengan versi tradisional hidangan Nasi Dagang Hidangan nasi dagang di Terengganu — termasuk di NDAT — biasanya terdiri daripada nasi yang dimasak dengan santan (kadang-kadang campuran beras & pulut), disajikan bersama gulai ikan (sering ikan tongkol atau "ikan aya"), sambal / cili padi, dan kadang-kadang lauk sampingan.  Nasi dagang adalah makanan tradisional dan ikonik di pantai timur Semenanjung (Terengganu & Kelantan) dan lazim dijamu untuk sarapan.  ✅ Kenapa Nasi Dagang Atas Tol Popular & “Wajib” Dicuba NDAT terkenal kerana rasa nasi dagangnya yang dianggap “qhal” — nasi lembut, kuah gulai pekat dan pedas-manis, serta lauk ikan yang “hitam manis” sesuai citarasa ora...

Di antara Nasi Ayam Terbaik Terengganu di Restoran Nurul Iman, Batu Buruk..memang terbaik

Image
Restoran Nurul Iman yang terletak di hadapan SMA (A) Sultan Zainal Abidin, Batu Burukyang juga sekolah Admin dulu adalah antara restoran Nasi Ayam yang terbaik di Terengganu. Bayangkan selepas 30 tahun meninggalkan alam persekolahan disini, masih boleh menikmati keenakan nasi ayam sebagaimana zaman sekolah dahulu. Malah ada antara pekerjanya yang dulu masih bekerja hingga kini dan pemilik restoran yang yang dulu muda dan hensem masih setia menjaga kaunter dan menerima bayaran daripada pelanggan walaupun harganya sudah jauh berubah iaitu dulu RM.2.50 sepinggan dan kini RM5.50 sepinggan. Apa yang istimewanya restoran ini, ia hanya menyajikan 2 menu sahaja iaitu Nasi Ayam dan Rojak Ayam atau orang Terengganu menyebutnya 'Rojak Keling' . Setiapkali datang menjamu selera di sini, orang dan dan parking sentiasa penuh dengan pelanggan setia yang mungkin mempunyai memorinya yang tersendiri tentang restoran dan makanan di sini. Jika anda ingin datang ke sini, lokasinya a...

Nasi Dagang Atas Tol di Cafe Pozi Kubang Badak.

Image
Nasi Dagang Atas Tol  (NGAT) adalah satu nama yang menjadi sinonim dengan makanan Terengganu dan sudah menjadi ikon makanan Terengganu dan berada pada kelas tersendiri. Baru-baru ini admin sempat untuk membeli secara bungkus Nasi Dagang Atas Tol ini di Cafe Pozi di Kubang Badak. Memang terbukti begitu ramai sekali menikmati nasi dagang tersohor ini samada makan di cafe mahupun yang membungkus untuk di bawa pulang.Memang kena beratur tetapi tidak lama dengan sisem jualan yang sistematik dan efisien kepada pelanggan. Terdapat dua bahagian iaitu bahagian makan di kedai dan satu lagi untuk yang ingin membeli secara bungkus. Rasa nasi dagangnya memang terbaik serta gulai ikan aya bukan sahaja sedap malah besar juga ketulannya dengan harga RM4 sebungkus, memang berbaloi. Dan NDAT ini boleh dimakan sampai ke petang dan jika di simpan didalam peti sejuk boleh saja dinikmati pada bila-bila masa. NDAT di Cafe Pozi adalah cawangan keempat selepas di lokasi asal dekat kubur ...

Pengunjung blog