Posts

Showing posts with the label masjid terapung

10 Lokasi Terbaik, Ikon Pelancongan

Image
Sepuluh destinasi menarik dan terbaik di negeri ini digelar sebagai ikon pelancongan sebagai usaha meningkatkan jumlah kedatangan pelancongan tempatan dan luar negara. Ikon pelancongan itu termasuk Taman Taman Islam; Taman Reakresi dan Mini Zoo Bukit Takal; Muzium Negeri; Pulau Redang; Pulau Warisan; Tasik Kenyir; Pantai Batu Buruk; Pasar Besar Kedai Payang; Masjid Tengku Tengah Zaharah dan Kampung Cina Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafie berkata, destinasi itu wajar digelar sebagai ikon kerana menjadi faktor penyumbang peningkatan jumlah pelancongan pada setiap tahun. Katanya, peningkatan jumlah pelancong bukan saja mampu memberangsangkan ekonomi negeri dan menarik minat pelabur malah meningkatkan taraf hidup penduduk terutama yang membabitkan diri dalam perniagaan. “”Apa yang membanggakan apabila tiba musim cuti sekolah atau umum, peniaga keropok lekor, pengusaha kain batik dan songket bagaikan tidak menang tangan melayan p...

Lensa di Kuala Ibai dan Masjid Tg Tengah Zaharah @ Masjid Terapung

Image
Masjid Terapung yang sentiasa menjadi tumpuan lensa Kali saja nak berkongsi koleksi gambar yang dirakam dengan kamera mainan nikons3100 yang kini sentiasa menjadi rakan karib kemana sahaja. Kolam Renang di Terengganu Equestrian Resort (TER) Pemandangan lagun Kuala Ibai yang memang indah memang cantik syahdu dan tenang suasana ini

Gambar Memukau di Masjid Terapung Terengganu

Image
Suasana malam Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung memang indah dan memukau Ini antara gambar-gambar yang sempat dirakam blogger semasa singgah untuk solat Maghrib di Masjid Terapung. Setiap kali datang, ada idea dan angle baru yang ingin dirakam.  Tenang dan sejuk hati memandang masjid ini Apa yang pasti pemandangan masjid ini sentiasa memukau dan sentiasa menjadi tumpuan terutama pada musim cutu sekolah dan perayaan. Kubah masjid yang cantik dilimpahi lampu limpah

Masjid Tengku Tengarh Zaharah @ Masjid Terapung

Image
Masjid ini sentiasa menjadi buruan jurufoto untuk mengabadikan foto-foto yang menarik. Boleh dikatakan setiap jurufoto tidak akan melepaskan peluang untuk mengabadikan dari pelbagai sudut samada siang, malam, ketika matahari terbenam dan sebagainya. Ia sentiasa menjadi tumpuan pengunjung terutama mereka yang dari luar Terengganu untuk singgah bersolat di sini. Berhampiran masjid ini, terdapat Taman Rekreasi Kuala Ibai yang menjadi destinasi tumpuan terutama hujung minggu untuk mereka yang ingin membawa keluarga bersiar-siar dan berehat. Kemudahan yang ada di sini melengkapkan kehidupan warga Kuala Terengganu untuk hidup yang lebih sihat dan seimbang dari segi tuntutan rohani dan jasmani.

Destinasi makan- Warung Norazla 2

Image
Di antara destinasi makan yang dikunjungi blogger adalah Warung Norazila 2 di simpang 4 Kuala Ibai, berhampiran Masjid Tg Tengah Zaharah atau lebih di kenali dengan Masjid Terapung. Pelbagai menu dan jenis masakan terdapat di sini daripada nasi lemak, nasi dagang, nasi kunyit, laksa, laksam, keropok lekor hinggalah masakan panas seperti tom yam, masak merak, paprik, sate, mee sup, air buah malah juga masakan barat seperti chicken chop mahupun lamb chop. Pendek kata, kelabu mata untuk memilih mana satu yang ingin di makan. Oleh yang demikian, kedai sentiasa mendapat sambutan pengunjung dengan baik sekali malah lokasinya yang strategik memudahkan orang ramai untuk singgah di sini. Apa yang menarik, jika anda pengunjung dari luar Terengganu bolehlah berkunjung ke sini untuk merasai sendiri masakan Terengganu seperti Nasi Dagang, Laksa, Laksam, nasi kunyit dan lain-lain.

Masjid- masjid di Terengganu

Image
Kalau kita berjalan di sepanjang jalan dari Kemaman hingga ke Besut, apa yang paling menarik pada pandangan mata adalah keunikan masjid-masjid di Negeri Terengganu. Pelbagai ragam binaan bukan sahaja sebagai tempat beribadat dan berehat di perjalanan, ia juga menghasilkan hasil seni foto yang menarik andai masa dan ketika yang sesuai dengan sudut serta pengcahayaan yang baik akan menghasilkan hasil seni yang memukau dan indah di pandang mata. Begitulah hebat rumah Allah swt, jika kita menghayatinya, ia bukan sahaja menarik pada pandangan mata juga boleh mengagumkan kita bahawa ilham yang diberi pada arkitek dan juga ketenangan suasana alam dapat menyejukkan pandangan dan menenangkan kalbu. Ini adalah di antara hasil-hasil foto anak Terengganu yang cukup memikat bagi menceritakan keindahan masjid-masjid di Terengganu dari perspektif fotografi.

Pengunjung blog