Posts

Showing posts with the label masjid unisza

MAK KITA MARAH JUAL MAHAL, Tagline Restoran Nasi Kampung Kg Padang Nenas, Kuala Terengganu

Image
Tagline yang cukup memikat Di kesempatan masa yang terbatas ini, blogger ingin berkongsi Restoran Nasi Kampung di Kg Padang Nanas, berhampitran UNISZA. Apa yang paling menarik adalah 'tagline'nya iaitu " MAK KITA MARAH JUAL MAHAL".  Dan dari apa yang blogger makan pun memang berpatutan iaitu ikan bawal bakar berempah seekor bersaiz 500g dengan nasi putih beserta air baru dalam RM8.00. Ikan pun segar dan besar kira puas hati.  Ikan bakar berempah yang segar dan sedap serta berpatutan Lauk lain juga beraneka jenis dan pilihan terutama masakan Terengganu. Juga turut dijual adalah nasi beriani dengan ayam berempah serta kari kambing. pengunjung sentiasa datang tidak putus-putus ke sini Di dapati pada waktu tengahari cukup mendapat sambutan ramai.Apa yang menarik restoran ini dibuka 24 jam. Satu percubaan yang berani dan perlu di hargai. Bagi mereka yang ingin berkunjung ke sini, jika anda dari UNISZA atau UMT, apabila sampai di Kg Padang Nanas, ia terletak ...

Masjid UNISZA Gong Badak... penuh warna warni

Image
Masjid yang terletak di Gong Badak ini sentiasa memukau mata jika memandu dikawasan ini terutama pada waktu malam. Hiasan lampu dan kesan warnanya pada waktu malam sungguh indah, tak puas mata memandang. Masjid ini juga aktif terutama dalam mengadakan kuliah-kuliah ilmu daripada pensyarah-pensyarah UNISZA. Jom sama-sama kita mengimarahkan masjid kita dan pastikan ianya dalam keadaan bersih dan terbaik bagi mencerminkan budaya kita yang bersih dan menjadi bangsa yang hebat.

Pengunjung blog