Posts

Showing posts with the label medan

Jadual Penerbangan baru Kuala Terengganu- Medan oleh YOUWINGS

Image
Pihak Youwings telah mengeluarkan jadual penerbangan baru bagi laluan Kuala Terengganu ke Medan iaitu sebanyak 2 kali sebulan bagi bulan Julai hingga Oktober. Dengan penjadualan baru ini akan memudahkan pihak agensi pelancongan mahupun orang perseorangan untuk merancang percutian ke Medan atau ke Kuala Terengganu. Pihak Youwings juga sedia menguruskan tempahan berkumpulan samada tiket penerbangan sahaja mahupun pakej pelancongan untuk anda www.youwings.com

RM99 dari Kuala Terengganu ke Medan dengan Youwings Sriwijaya Air..terkini

Image
RMM99 tawaran penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke Medan. Rebutlah peluang untuk melancong dan beritahu kawan-kawan atau saudara mara di Pahang dan Kelantan. Manakala penerbangan pergi balik Kuala Terengganu- Medan - Kuala Terengganu adalah RM288 seorang. Tempoh tempahan sehingga 15 Disember dan tempoh penerbangan sehingga 31 Januari 2015 Dengan penerbangan 3x seminggu tentunya ia peluang terbaik anda untuk menimati percutian ke Medan, Indonesia dengan keunikan Brastagi dan Tasik Danau Toba. Juga khabarkan kepada warga di sana, Terengganu juga amat menarik dengan Tasik Kenyir, Pulau Redang, Pulau Perhentian serta Kuala Terengganu Bandaraya Warisan. Maklumat lanjut boleh hubungi 05-3136223 untuk tempahan dan pertanyaan lanjut.

K'ang, Rojak Kateh, Buah Mulong antara kuih tradisi Terengganu yang perlu diketengahkan...

Image
K'ang, Qasyidah, Buah Mulong, Roti Paung, Serabe serta lain-lain kuih yang dhidangkan. Kuih tradisional Terengganu adalah warisan Terengganu yang patut kita pelihara sampai bila-bila. Terima kasih Primula Beach Resort di atas usaha mengekalkan tradisi makanan Terengganu dengan sentiasa menawarkan kepada pelanggan untuk menikmati keenakan makanan tradisi ini. Dalam satu Majlis Makan Malam baru-baru ini untuk delegasi daripada Medan, Indonesia serta agensi pelancongan daripada Eropah dan Amerika, di antara kuih-kuih tradisi yang dtampilkan dalam menu adalah K'ang, Buah Mulung, Qasyidah, Lempeng Nyiur, Rojak Kateh, Serabe selain makanan tradisi sedia ada yang popular iaitu Ketupat Sotong, Nasi Dagang, Laksam, Penganan, Makanan Laut Celup Tepung dan bermacam-macam lagi. Rojak Kateh Dalam perbualan admin bersama Pengarah Urusan , Taman Tamadun Islam Terengganu, Wan Adnan Wan Abdul Rahman juga melahirkan hasrat yang sama untuk mengumpulkan pembuat kuih tradisional Tere...

Delegasi Terengganu ke Let's Go Malaysia di Medan, Indonesia

Image
Seramai 13 agensi terdiri daripada 8 hotel dan resort serta 5 agensi pelancongan dan pegawai SUK Terengganu dan KETENGAH telah mengikuti Program Travel Mart Let's Go Malaysia di Medan, Indonesia pada 2 hingga 4 Oktober 2014. Program ini telah di anjurkan oleh Syarikat penerbangan YOU Wings iaitu rakan penerbangan Sriwijaya Air . Ia di adakan sempena 2 penerbangan terus antarabangsa oleh YOU Wings iaitu daripada MEDAN ke KUALA TERENGGANU dan MEDAN ke IPOH pada November ini. Ia merupakan satu peluang yang hebat dalam meneroka potensi pelancongan dan perniagaan di antara ketiga-tiga destinasi tersebut. Program ini telah dapat menarik ramai hadirin yang terdiri daripada pengusaha agensi pelancongan di Medan untuk hadir dan mendapatkan maklumat mengenai pelancongan negeri Terengganu dan Perak. Majlis ini juga turut di hadiri oleh Pengerusi YOU Wings iaitu Dato' Hakim Hamidi, Pengerusi ASITAS Sumatera Utara, Bapak Solahudin Nasution Ghani, Consul Gen...

Kuala Terengganu akan mempunyai penerbangan Terus dari Medan, Indonesia bermula November ini

Image
Kuala Terengganu akan mengorak langkah sebagai hub pelancongan di pantai timur semenanjung apabila akan mempunyai penerbangan terus Medan, Indonesia ke Kuala Terengganu pada November ini. Ia akan dioperasikan oleh YOU Wings melalui pesawat Sriwijaya Air. Menurut Pengerusi Eksekutif YOU Wings, Daniel Lee, penerbangan ini akan beroperasi 3x seminggu yang dijangka memberi dimensi baru hubungan Medan-Kuala Terengganu dalam pelancongan, perniagaan dan perdagangan. Di samping Kuala Terengganu, ia turut mempunyai penerbangan terus Medan-Ipoh bermula November ini. Negeri Terengganu yang terkenal dengan tagline Negeri Cantik Budaya Menarik dijangka mampu menggamit pelancong dengan tarikan produk pelancongan yang hebat seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Tasik Kenyir serta Bandaraya Kuala Terengganu itu sendiri. Kota Medan yang mempunyai penduduk melebihi 8 juta tentunya mempunyai potensi yang besar terutama dalam menggamit pelancong untuk mengunjungi Terengga...

Pengunjung blog