Posts

Showing posts with the label murah

Gerai Jualan Hasil Laut dan Kraft di Kg Fikri, Setiu, Terengganu.. segar dan murah

Image
  Balik dari Besut tadi singgah dekat Gerai Jualan Hasil Laut di Kg Fikri, Setiu, Terengganu Niat nak cari ketam nipah dan lokan. Dapatlah ketam nipah dalam 2kg lebih dengan harga rm35 sekg. Juga kita beli lokan dengan harga 3kg untuk RM10. Lokan ni masak dan di makan segar memang sedap. juga ada tiram dan kepah segar. Kebanyakan hasil ini adalah pencarian nelayan di kawasan Fikri dan Kuala Setiy ini yang amat kaya dengan pelbagai sumber hasil laut.

Menikmati steamboat secara berjemaah di rumah, mudah dan simple.. sedap pulak tu

Image
  Teringin nak makan steamboat? Ialah kan musim PKP ni mana ada kedai buka nak makan macam ni.. lagi pun makan steamboat tak boleh nak tapau.. Jadi di sini Admin ingin kongsikan resepi mudah untuk anda nak makan steamboat berjemaah kat rumah. Resepi yang mudah dan simple dan boleh elak makan nasi pada waktu malam bagi yang ingin diet. Bahan bahan yang diperlukan adalah seperti berikut: - rempah asam pedas adabi 1 paket dan mee hun sup adabi 1 paket  - 2-3 ulas bawang putih di ketuk  - bahan untuk steamboat seperti meatball, sotongball, fishcake atau sebagainya yang anda suka  - mushroom shitake, noki serta tiram  - kobis panjang, carrot atau apa saja sayur yang anda suka  - udang atau sotong atau isi ikan  - ayam atau daging  - telur  - mee samada meenhoon, mee kuning atau kue tiaw atau mee maggie  Cara caranya adalah seperti berikut: - masukkan 2 atau 3 liter air ke dalam kuali atau periuk  - masukkan bawang putih dan pes adabi, bi...

RM5.90 untuk Nasi Mandy Ayam.. murah sangat, sedap pula.. di Restoran Nasi Arab Al Amin, Jerteh, Besut, Terengganu

Image
Nasi Mandy Ayam Restoran Nasi Arab Al Amin yang terletak di simpang tiga Kg Gong Nering Jerteh atau Kg Mak Sara, menjanjikan kelainan dan resepi asli masakan arab ala Saudi. Menurut pemilik restoran, Ustaz Zulhasna, semua rempah ratus dibawa terus dari Arab Saudi agar ia kekal asli dan menepati citarasa Arab asli. suasana kedai yang santai dan ala ala Arab Menu yang diperkenalkan di restoran ini adalah Nasi Mandy samada ayam mahupun kambing. Sememangnya menu kambing sering mendapat perhatian dan pilihan ramai. Burmaah kambing memang sedap... Roti Arab bersama Fooul Shawarma yang juga sedap. Selain itu juga turut disediakan shawarma iaitu snek arab seakan kebab dan roti arab yang boleh di makan samada bersama Burmaah atau sup kambing mahupun Fouul atau masakan daging kisar bersama kacang bersama sos tomato atau Kibdah iaitu masakan organ dalaman samahati hati, paru, limpa  yang digoreng ala Saudi. Turut dihidang di sini adalah Teh Arab samada asli, ...

Pakej Berbuka Puasa Termurah di Setiu di D Nora Seafood, Chalok... pakat mari weeh

Image
" PAKEJ BERBUKA TERMUROH DI SETIU " Kami menawarkan pakej berbuka puasa "TERMUROH DI SETIU"... Pakej besertakan ikan siakap 3 rasa semuroh RM28.00 sahaja  😨 😨 😨 ... Kami mula mengambil tempahan pada hari ISNIN 21/5/18 sehingga akhir Ramadhan... Waktu tempahan pukul 2.30pm - 7.00pm... Untuk tempahan boleh call @ whatsapp : ABE DIE 014-8012049 KAK NORA 014-8292993 Jommm pakat2 share... Supaya semua golongan boleh merasa  😘 # AirBuahTabur # CheeseBanjir # Seafood sumber FB D Nora

Trip Memancing Bajet di Terengganu... murah bohhh

Image
Pakej memancing ini diusahakan oleh sahabat admin sendiri iaitu Cikgu Rusmi. Boleh hubungi nombor telefon yang tertera untuk pertanyaan lanjut. Insyalah anda akan dilayan dengan terbaik. #setiupost #terengganumyheritage

RM35 sahaja untuk 4 orang makan di NurLlanida Chicken Chop, Kg Pulau Rusa, Kuala Terengganu... murah sangat boh

Image
Tentu ramai yang terkejut dengan menu semurah RM35.00 untuk 4 orang , tetapi itulah yang ditawarkan oleh Nur Lanida Chicken Chop di Kg Pulau Rusa, Kuala Terengganu. Ikan siakap 3 rasa atau Namprik Pau + Tomyam + Telur dadar + Kailan ikan masin serta nasi putih untuk 4 orang dengan harga RM35.00 sahaja. Menu ala bajet ini sesuai dan boleh dimakan untuk sekeluarga. Dengan kegawatan ekonomi dan kenaikan taraf hidup sekarang tentunya tawaran sebegini amat ditunggu-tunggu oleh para pelanggan. bagi pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Nur Lanida Chicken Chop di talian 0148480649

Ikan Celup Tepung RM1 seekor.. mahal ke??? di Padang Midin Kuala Terengganu

Image
Kalau kedai lain, ikan celup tepung besar ni dekat RM4.00 - RM5.00 seekor. Tapi Warung RM1 dekat sebelah Restoran Telanai Seafood, Padang Midin ni dia jual RM1. 00 saja seekor. ABC, Pisang Goreng, Keropok Goreng, Mee Goreng semuanya RM1.  Di saat peniaga lain berebut untuk menaikkan harga kerana nak pergi haji balik hari, peniaga ni kekal dengan harga RM1. Siapa kata jual murah tak untung? @FB Mohd Adha Mohd Zain

Pengunjung blog