Posts

Showing posts with the label must visit destination

Kuala Terengganu River Cruise, pengalaman menarik menyusuri Sungai Terengganu..

Image
  Pakej Menyusuri Sungai Terengganu atau Kuala Terengganu River Cruise di antara produk pelancongan menarik dan unik di Terengganu. Jeti operasi terletak di Pulau Warisan bersebelahan Pasar Payang. Sambil membeli belah boleh menikmati pengalaman menyusuri Sungai Terengganu yang sememangnya indah dan penuh bersejarah. Dua operator pengendali utama di sini iaitu Payang Water Taxi oleh Cas Ligas Sdn Bhd dan Koperasi P Warisan. Sebanyak 4 buah bot Payang Water Taxi sedia berkhidmat untuk pelancong samada menikmati Cruise Drawbridge dan Sungai Terengganu, atau pakej makan Nasi Dagang Atas Tol di atas bit, atau Makan Kari Kepala Ikan di Pasir Tinggi, malah boleh mengikut kesesuaian anda menerokai pelbagai keindahan disepanjang pesisir Sungai Terengganu seperti Kompleks Yayasan Sultanah Nurzahirah, pembuatan bot di Pulau Duyong dan macam macam lagi. Pengalaman terindah di Sungai Terengganu adalah suatu produk yang perlu diketengahkan lagi untuk menjadi must visit destination in Terengga...

Jom Bercuti ke Pulau Redang, Terengganu..

Image
Jom bercuti ke Pulau Redang! Package 3 hari 2 malam bermula dari:   R M280 seorang dewasa dan    RM 150 seorang kanak-kanak (4-11 tahun)  F REE bagi bayi 0-3 tahun! ✔   Package termasuk:  F erry pergi balik dari Shahbandar / jetty Merang  B ilik aircond  S emua makan minum (1 buffet dinner, 1 BBQ dinner)  2  trip snorkeling  Pa ckage tak termasuk:  G ST 6%  S ewa peralatan snorkeling (rm10 mask & snorkel, rm10 life jacket untuk 3 hari)  T iket taman laut (Warganegara Malaysia: RM5 seorang dewasa, RM2 seorang kanak-kanak; BUKAN Warganegara Malaysia: RM30 seorang dewasa, RM15 sorang kanak-kanak) Untuk booking boleh hubungi office kami di: Hp/Whatsapp: 019-9140083 019-9140026 Tel office: 09-6665018 09-6665020 Email: admin@redanglagoon.com (Waktu Pejabat 8am-5pm) # redanglagoon   # cutibudget   # pulauredang   # beautifulterengganu #setiupost

MB Terengganu melawat rumah warisan Haji Su di Kg Losong

Image
Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Ahmad Razif Abd.Rahman melawat rumah tradisi Terengganu di Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu pada 31 Januari 2017.  Rumah tradisi Terengganu milik pedagang terkenal pada masa lalu, Allahyarham Tuan Haji Mohammed Salleh yang berusia lebih 166 tahun dibeli oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Lembaga Muzium Negeri Terengganu pada tahun 2014 daripada waris Allahyarham dengan harga RM3.2 juta dan menjalani proses pemuliharaan dan telah siap dan dibuka kepada kunjungan orang ramai.    Rumah tradisi yang lebih dikenali dengan Rumah Haji Su dipulihara oleh kerajaan negeri bagi memastikan rumah yang bercirikan reka bentuk Limas Belanda dan Bujang Berpeleh Kembar Tiga bagi mengekal sejarah dan warisan seni bina Terengganu.    Yang turut hadir pada sesi lawatan itu ialah Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohd Yusuf Abdullah.        @Jabata...

PESONA TERENGGANU 2015 di Dataran Merdeka dan TERENGGANU KITCHEN di Dataran DBKL, Jom Kita SERBU... macam-macam ada

Image
Kerajaan Negeri Terengganu melalui TTB atau Transformasi Terengganu Baru akan menganjurkan PESONA TERENGGANU 2015 secara besar-besaran di Dataran Merdeka pada 29 hingga 31 Oktober 2015. Dan TERENGGANU KITCHEN pada 29 Oktober hingga 2 November 2015 di Dataran DBKL. Ia adalah satu usaha transformasi kerajaan negeri dalam mempromosikan pembangunan sosio ekonomi melalui sektor pelancongan. PESONA TERENGGANU 2015 akan memperkenalkan Terengganu melalui 'Consumer Show' dan 'Trade Show' bagi memperkenalkan lagi Negeri Terengganu secara lebih dekat kepada rakyat Malaysia dan antarabangsa. Bagi acara ' Consumer Show' ia akan melibatkan aktiviti pameran, promosi dan jualan produk Terengganu serta produk IKS usahawan Terengganu. Bagi 'Trade Show' pula, ia memfokuskan kepada aktiviti pameran, penyampaian maklumat serta penglibatan semua sektor penting di Terengganu seperti ekonomi dan pelaburan, IKS dan Usahawan, pelancongan, pendidikan dan sains, TTB- T...

Pengunjung blog