Posts

Showing posts with the label muzium

Teruja Berada Di Terengganu

Image
“Saya dan rombongan lain cukup teruja dengan keindahan Terengganu, terutama apabila dibawa penganjur bermain ikan di Santuari Kelah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dan menyusuri tasik itu. Tiger Lim “Melalui pengalaman itu pastinya akan kembali di negeri ini bersama keluarga atau rakan di lain waktu,” kata seorang peserta Asia Coast Travel 2014, Tiger Lim yang ditemui Teganukita.my pada Majlis Makan Malam sempena program itu, di perkarangan Muzium Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Melalui program yang disertai 60 peserta pelbagai negara diselitkan program mengunjungi Tasik Kenyir, Taman Taman Islam, menyusuri sungai Terengganu dengan menaiki River Cruise. Negara terlibat, Singapura , Thailand, Indonesia, Brunei, Laos, Maynmar dan Vietnam. Fika Rahma Pengamal media dari Indonesia, Fika Rahma, 29 berkata dia berasa cukup bertuah kerana turut dipilih menyertai program itu melawat beberapa lokasi menarik di Malaysia termasuk Terengganu . “Makanan di negeri ini ter...

Satu Daerah Satu Muzium

Image
Satu daerah satu muzium Perbadanan Muzium Negeri bercadang mewujudkan sebuah muzium di setiap daerah pada masa akan datang sebagai gedung mengekal dan mengetengahkan khazanah warisan setempat. Pengarahnya,Haji Mohd Yusof Abdullah berkata, pada masa ini pihaknya telah mewujudkan dua buah muzium daerah iaitu di Dungun sejak beberapa tahun lalu dan terbaru di Kemaman, Julai lalu. “Langkah ini juga mampu menambahkan daya tarikan pelancong di setiap daerah di Terengganu yang tentunya mempunyai keunikan tersendiri di samping memudahkan mereka mengenali latar belakang setiap kawasan yang dilawati.  “Saya pasti ramai yang tidak mengetahui tentang sejarah daerah tempat mereka lawati dan kita berharap muzium ini dapat membantu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Mohd Yusof berkata, jabatan itu mengambil pendekatan mencari, mengubah suai dan menggunakan bangunan lama berbanding membina sebuah bangunan baru dalam usaha mewujudkan muzium berkenaan. Katanya, perkara itu bagi mem...

Pengunjung blog