Posts

Showing posts with the label nasi air

Nasi Air Special di Restoran Fasha Thai, Jalan Kmaruddin, Kuala Terengganu... sentiasa terbaik

Image
  Setiap rasa kurang selera menjamah nasi, ini adalah antara menu teratas yang menjadi pilihan iaitu Nasi Air Special di Restoran Fasha Thai, Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu. Aroma dan rasa nasi airnya yang memang enak di adun dengan bahan bahan yang ringkas saja sudah menambat selera. Dan apabila ditambah dengan Kangkung Goreng Taucu... fuh memang menyangkut dan menambat selera. Menu ini boleh dikatakan antara 'Signature Dish' di sini walaupun banyak lagi menu lain yang tidak kurang enaknya. Selalunya apabila order nasi air akan dibergukan dengan Laichikang Panas. Baru mgam. Nak cerita panjang panjang kan rasa lapar pulak. Anda boleh mencubanya di Restoran Fasha Thai, untuk mencari lokasi hanya perlu menaip nama restoran di Google atau Maps, insyalah maklumat dan lokasi akan tertera. selamat mencuba

Restoran Fasha Thai, Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu.... jadi ngat

Image
Restoan Fasha Thai yang terletak di Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu sentiasa mendapat tumpuan ramai bagi menikmati keenakan masakan Thai seperti tomyam dan lain-lain. Bagi admin antara yang sering menjadi pilihan di sini adalah Nasi Air Special iaitu bubur nasi dengan ikan masin, telur masin serta udang dan kangkong goreng belacan, memang menjadi. Begitu juga dengan somtam yang sememangnya asli Thai cukup pedas masin manis. Jika nak ke restoran ini pastikan waktunya betul kerana jam 7.00 hingga 8.00 malam adalah waktu rehat untuk solat. Memang pesanan tidak di ambil pada masa ini.

Pengunjung blog