Menjejaki komuniti Muslim di Koh Samui
Semasa mengunjungi Pulau pelancongan terkenal, Koh Samui di Thailand, admin sempat berkunjung ke perkampungan muslim di pulau ini untuk bersarapan pagi. Dengan melalui celah-celah rumah berhampiran masjid, rombongan menuju ke sebuah warung di pinggir laut di kampung nelayan ini. Rata-rata penduduk Muslim di sini adalah nelayan dan kebanyakan mereka adalah berasal dari Pattani dan kemudiannya menetap di sini. Amat sayang sekali, mereka tidak begitu mengambil peluang ekonomi yang terhidang di sini yang cukup terkenal dengan industri pelancongan. Sempat menjamah nasi kerabu tradisional yang cukup sedap dan menyelerakan. Juga dengan kuih muih tradisional yang sedap. Pemandangan di sini cukup indah dan memukau dengan susunan bot nelayan di pergigian air. Sememangnya kawasan perkampungan Melayu boleh dibangunkan dengan industri pelancongan dengan budaya tersendiri, apatah lagi dengan nilai hartanah yang cukup tinggi di sini. Begitu juga peluang pernia...