Posts

Showing posts with the label nasi ulam budu

RM20 sahaja seorang Buka Puasa di CAFE POZI...macam-macam ada,,,

Image
# BuffetRamadhanCAFEPOZI  - Hanya RM 20/pax Untuk 30 Pilihan Makanan & Minuman.  🤤 . Setiap Hari Kami Sediakan Masakan Nasi Putih Berlauk Kampung.. Boleh Order Ke ropok Lekor Cheese, ABC Chocolate, Cendol Aiskrim..Laksa Peneng Pun Ada. . Pilihan Terbaik Untuk Berbuka Puasa.. Kenyang Dan Berbaloi. . ➡️ Untuk Tempahan Awal = RM20 (Sebelum 9.00am Hari Berbuka) ➡️ Tempahan Berkumpulan Layak Mendapat Percuma 1 org (Berkumpulan Melebihi 10 org) . ✅ Waktu Operasi 5.00 Ptg - 9.00 Malam (Sabtu - Khamis) Kalau Ada Apa2 Pertanyaan  📲  019 -559 6160 - umi http://www.wasap.my/60195596160 . Klik Link Untuk Tempahan  http://www.wasap.my/60195596160

Selera Singgang di Beserah... teringat eeeh

Image
Sedang membelek gambar-gambar dalam laptop terpandang gambar semasa singgah di Selera Singgang di Beserah, Kuantan, Pahang. Menunya simple atau ringkas sahaja tapi

Restoran Aroma Kampung, Kg Baung Kuala Berang.. menyajikan menu tradisional Kuala Brang..

Image
Baru-baru ini ketika mempunyai urusan di Kuala Brang sempat singgah di Restoran Aroma Kampung di Kg Baung. Pernah lihat perkongsian kawan-kawan di kedai ini yang menyajikan menu tradisional seperti ikan baung asam pedas, ikan sungai goreng dan macam-macam lagi. Benar bagai di kata, memang sedap menu-menu di sini terutama asam pedas ikan baung yang berbeza dengan tempat-tempat lain. Lebih menyelerakan bila dimakan dengan ulam-ulaman dan budu serta masak lemak belimbing buluh, kerabu dan pelbagai lagi lauk yang menyelerakan. Lokasi kedai ini juga menarik di tepi Sungai Berang yang penuh dengan sejarah yang suatu ketika dulu adalah pelabuhan utama di rantau ini.  Ia juga merupakan sungai dimana Batu Bersurat Terengganu ditemui dan telah menununjukkan suatu ketika dahulu telah mengalamai perubahan dan perkembangan tamadun yang hebat dan terkenal senatero Asia. Bandar Kuala Brang sememanya terkenal dengan masakan asam pedas ikan sungai, banyak lagi kedai s...

Makan Gulai Siput dan Nasi Ulam Budu di Kg Raja... kecur air liur

Image
Pasti berselera dengan lauk begini Setiap kali buat entry pasal makan-makan pasti kecur air liur, apatah lagi bila menaip ketika perut tengah lapar. Selepas edit gambar tentang makan nasi ulam budu di Kg Raja Besut, idea untuk menaip terus datang. Terutama selepas melihat gambar ulam-ulaman bersama budu, gulai siput, sayur cendawan dan macam-acam lagi. Sedap gulai siput ni. Lama dah tak makan kat kedai ni yang sentiasa menyediakan pelbagai lauk tradisional serta ulam-laman yang menarik dan unik seperti kunyit muda, terung kecil, daun pegaga, celur jantung pisang dan macam-macam lagi. Besar udang dan segar, udang okel Lokasi kedai terletak di jalan menuju ke jambatan untuk ke Kg Tok Sabuh. Jika anda dari Jerteh, tiba di lampu isyarat Kg Raja, ambil kiri dan kedai adalah disebelah kiri, kira-kira 200m daripada simpang. Macam-macam lauk ada di sini, semuanya lauk kampung dari Gulai Ayam Kampung, Gulai Itik, Asam Pedas Tempoyak dan macam-macam. Budu cecah ulam dan...

Pengunjung blog