Posts

Showing posts with the label nelayan

Menarik pukat... budaya masyarakat nelayan Terengganu

Image
gambar azizi embong Budaya menarik pukat adalah salah satu aktiviti tradisi masarakat nelayan di Terengganu. Ia masih boleh dilihat dan dinikmati keutuhan aktiviti berkumpulan ini di perkampungan nelayan di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan lain-lain tempat. Perkampungan nelayan di sekitar Batu Rakit adalah lokasi paling mudah unuk dilihat kegiatan nelayan sebegini pada setiap pagi. Memang begitulah cara hidup masyarakat nelayan di sini. Budaya menarik pukat ini sememangnya menjanjikan keseronokan melihat ikan-ikan pinggiran pantai yang bergelimpangan meronta melepaskan diri dari pukat. 

Melepas kalau terlepas di HPPNK 2017 di MAERPS Serdang pada 28 sept hingg1 Okt 2017

Image
Sekarang sedang berlangsung Pameran sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 di MAERPS Serdang dari 28 September hingga 1 Okt 2017 Tentunya banyak perkara menarik di sini. 17 Perkara  # MelepasKalauTerlepas  di  # HPPNK2017 🔹  1. Antara festival makanan dan pertanian terbesar di Malaysia - 600 gerai dlm kawasan 80,000 meter persegi  # min iMAHA 🔹  2. Gerai & food truck di  # empayarmakanan  menyajikan 401 menu makanan dalam 4 kategori -  # NostalgicFood ,  # HipsterFood ,  # ViraliciousFood  dan  # foodgasm 🔹  3. Hasil petani tempatan kita di  # fruitandflowerkingdom , iaitu 50 gerai menjual buah-buahan, sayuran dan bungaan segar  # SokongPetaniKita 🔹  4. Pelbagai jenis dan rupa ‘raja buah’ yang dipamer dan dijual semasa KenDurian 🔹  5. Makanan laut segar, unik dan terkini spt ikan tuna laut dalam, udang laut, serunding ketam, lemang sushi, kuro prawn, churros...

Terengganu, laut dan pulau.. inilah kehidupan rakyatnya

Image
Apabila di sebut laut, pantai dan pulau, ia amat sinonim dengan Terengganu Darul Iman, Negeri yang cantik dan mempunyai segalanya. Ia adalah negeri yang bertuah dan mempunyai banyak sekali produk dan potensi pelancongan. Apabila di sebut penyu, ia sememangnya melambangkan Terengganu di mana suatu ketika dahulu Rantau Abang adalah destinasi dunia untuk melihat penyu. Sebenarnya pendaratan penyu adalah disepanjang pantai Terengganu termasuk pulau-pulau. Hingga hari ini ia masih menjadi tarikan dan kini pelancong boleh mengunjungi Pantai Teluk Maknik atau 'Monica Bay' di Kemaman yang sentiasa mencatatkan lebih 2000 pendaratan penyu sepanjang tahun. Program pemuliharaan penyu sememangnya giat dan sentiasa dalam pemantauan bagi memastikan ianya terus mendapat perlindungan yang sewajarnya. Berjuta juta telur penyu telah diramkan dibawah program pemuliharaan dan jumlah pelepasan anak penyu juga tinggi. Namun cabaran penyu yang merantau ke seluruh pelusuk dunia agar sukar u...

Hasil Laut sebagai sumber rezeki di Merang, Setiu, Terengganu

Image
REZEKI...seorang nelayan, Mat Isa Said sedang mengangkat temerang yang ditahannya bagi menangkap ikan kerapu di Pantai Merang, Setiu, kelmarin. Mat Isa yang bekerja sebagai nelayan sejak lebih 20 tahun itu memperolehi sebanyak 400 dan 500 ekor anak ikan kerapu setiap kali dia mengangkat temerang yang ditahannya. Mat Isa berkata, hasil tangkapanya itu dijual kepada penternak ikan kerapu dengan harga sekitar 15 sen seekor dan mampu memperolehi pendapatan antara RM50 dan RM60 sehari. Banyak...Isa menunjukan anak ikan kerapu yang ditangkapnya. Menurutnya, anak ikan kerapu ini ditangkap dengan cara merendamkan daun pokok celorang atap ke dalam laut selama sehari. "Daun itu diikat sebanyak kira-kira 15 berkas dalam satu tali panjang yang disebut temerang yang menjadi tempat anak ikan kerapu berlindung. "Kemudian daun ini akan digoncang untuk mengeluarkan ikan kerapu yang terlekat pada daun itu ke dalam bekas berjaring sebelum dialihkan ke dalam bekas yang mengandungi oksig...

Pengunjung blog