RM7 Juta Seorang: Visi Tengku Razaleigh Yang Tidak Kesampaian
Untuk bacaan umum *RM7 Juta Seorang: Visi Tengku Razaleigh Yang Tidak Kesampaian* Oleh Abdul Halim bin Husin (Bekas Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia) "Kalau kita buat masa itu, hari ini setiap rakyat Malaysia ada RM7 juta... RM7 juta seorang, Halim." – Tengku Razaleigh Hamzah, 23 Ogos 2025. *Perjumpaan Yang Membuka Rahsia* Pada petang 23 Ogos 2025, saya duduk di ruang tamu kediaman Tengku Razaleigh Hamzah, tokoh yang sering digelar Bapa PETRONAS. Rumahnya sederhana, tetapi sejarah yang dibawanya sangat besar. Hari itu, perjumpaan kami bersama Alumni Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berlangsung santai, sehinggalah saya mengajukan satu soalan yang membawa kepada jawapan yang mengejutkan saya. Sebagai bekas Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), saya bertanya: "Apa pandangan personal YM Tengku tentang hubungan PETRONAS dengan PETROS sekarang?" Beliau tersenyum nipis, kemudian menjawab dengan tenang tetapi penuh makna: > ...