Warga Setiu, Jom Senamrobik setiap pagi Jumaat
seronok bersenam beramai-ramai Kepada semua warga Setiu, anda semua dijemput untuk sama-sama menyertai aktiviti senamrobik pada setiap pagi Jumaat di padang astaka Sungai Tarom Setiu. Acara akan dimulakan dari jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Bawa bersama anak-anak bagi sama-sama memeriahkan aktiviti yang menyihatkan ini. Ia akan dipimpin oleh jurulatih yang terlatih dan bertauliah dari Pejabat Kesihatan Daerah Setiu . Program ini juga mendapat kerjasama YB Abd Halim Bin Jusoh, ADUN Permaisuri yang turut menyumbangkan hamper dan t shirt ADIDAS sebagai hadiah cabutan bertuah. kecil besar tua muda turut sama bersenam robik Sambil bersenam anda juga berpeluang untuk mendapat hadiah cabutan bertuah setiap minggu. Program ini mendapat sambutan yang baik di kalangan warga Setiu dan bilangannya sentiasa bertambah dari anak-anak kecil hinggalah warga emas. Jom kita menyihatkan badan dengan aktiviti riadah yang menyihatkan badan. Bersenam dengan baik boleh mencegah penyakit-penya...