Masjid Ladang atau Al Muktafi Billah Shah menjadi tanda bersejarah kepada perundangan Islam di negeri Terengganu
Hari ni singgah solat di Masjid Almuktafi Billah Shah atau dikenali Masjid Ladang. Masjid ini penuh nostalgia kerana zaman Ting 1 dan 2 dulu bersolat Jumaat di sini saban minggu semasa menginap di asrama Smaszal Ladang. Pada masa itu pelajar Ting 1, 2 dan 4 Smaasza Atas lelaki akan menginap di asrama dan ke sekolah setiap pagi dengan bas. Sekarang ini Masjid ini dan Dewan ini telah mencipta sejarah baru perundangan Islam Terengganu dengan perlaksanaan hukuman sebatan syariah pertama dalam sejarah moden diluar kawasan penjara. Ia telah mencipta fenomena dan polemik baru tentang perlaksanaan hukuman ini. Itu belum terlaksana lagi sebatan syariah yang sebenar seperti 100 rotan bagi penzina, dan beberapa kesalahan hudud yang lain apatah lagi hukuman rejam buat penzina yang telah berkahwin sebagaimana yang telah termaktub dalam kitab Al Quran yang menjadi rukun Iman bagi orang muslim dan mukmin. Agaknya mesti maha hebat tohmahan dan hujahan pejuang pejuang yang kononnya berjuang untu...