Pesta Negeri Terengganu di Menara Kuala Lumpur promosi TMT
Oleh; Esah Abdullah Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Menara Kuala Lumpur akan menganjurkan Pesta Terengganu @ Menara Kuala Lumpur di perkarangan 1Malaysia Cultural Village bermula esok hingga 2 Oktober depan. Ketua Sekretariat Tahun Melawat Terengganu (TMT) Encik Ahmad Fathil Abd. Ghani berkata, ini merupakan acara tahunan kerajaan negeri Terengganu dan Menara Kuala Lumpur yang telah mendapat sambutan menggalakkan semenjak ia diperkenalkan empat tahun lalu. “Pesta Negeri Terengganu diadakan bersempena TMT bagi memperkenalkan keunikan dan kepelbagaian destinasi, kebudayaan, kesenian, permainan dan masakan tradisonal serta pelbagai produk kraftangan kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa,” katanya. Katanya, di samping memberi peluang kepada rakyat tempatan dan antarabangsa mengetahui dengan lebih mendalam mengenai seni dan budaya Negeri Terengganu, ianya secara tidak langsung dapat membantu mempertingkatkan lagi usaha mempromosikan warisan dan destinas...