Posts

Showing posts with the label pilihanraya

Pandai-pandailah memilih warna baju semasa musim pilihanraya PRU ke 14 ini...

Image
Tarikh pilihanraya telah ditetapkan dan diumumkan oleh SPR pada hari ini 9 April 2018. Boleh lah buat perancangan bagi perantauan yang jauh untuk balik hari raya besar 5 tahun sekali. Jangan difikir alasan kerana kita juga yang menunggu untuk membuat keputusan demi kelangsungan negeri dan negara pada masa depan atau untuk 5 tahun akan datang. Hari-hari kita boleh berpolitik tetapi bila diumumkan hari Rabu macam-macam pandangan yang keluar. Pejuang yang hebat tidak akan merungut dan mencari alasan tetapi sentiasa mengambil peluang dan menyusun strategi bagi mencapai kemenangan. Jika difikir muslihat dan strategi parti, masing-masing parti mempunyai muslihat dan strategi bagi mencapai atau mengekalkan kemenangan. Yang mempunyai sedikit kuasa pasti akan menggunakan peluang terbaik bagi menggapai kemenangan. Yang ingin merampas perlu bekerja lebih keras bagi mengatasi kelemahan dan kekurangan. Apapun sama-sama kita berpolitik dengan cara yang TERBAIK dan mendapata REDHA ALLAH. ...

Dengan rasminya Parlimen Malaysia 2013 telah dibubarkan 3 April 2013 jam 11.30 pagi

Image
Bertarikh 3 April 2013 jam 11.30 pagi dengan rasminya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membubarkan parlimen bagi memberi laluan untuk Pilihanraya Umum yang ke 13 yang akan dilaksanakan dalam tempoh 60 hari. berikut adalah petikan daripada Utusan Online, " KUALA LUMPUR 3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen mulai hari ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri dalam ucapan khasnya yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dari pejabatnya, di sini hari ini. Perdana Menteri berkata, pembubaran Parlimen itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mua'zam Shah pagi ini. - UTUSAN Artikel Penuh:  http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130403/px_26/Parlimen-bubar-PRU-13-dalam-tempoh-60-hari#ixzz2PNA1ckDg © Utusan Melayu (M) Bhd  Dengan ini rasmilah pembubaran parlimen ...

Pengunjung blog