Posts

Showing posts with the label pingpong

SUKAN: Pasukan Ahmad Sidi Juara Ping Pong Setiu

Image
Oleh Aminudin Ismail Pasukan Ahmad Sidi muncul juara setelah berjaya menewaskan pasukan Cikgu Rosuwadi 2-1 pada perlawanan akhir Kejohanan Ping Pong Berpasukan Tertutup Setiu 2017 berlangsung di Dewan Cikgu Alias, Bandar Pemaisuri, Setiu baru-baru ini. Manakala tempat ketiga disandang Pasukan Ustaz Sawari dan Pasukan Mie Bomba. Seramai 33 peserta lelaki dan seorang wanita dari 11 pasukan dari daerah Setiu bersaing pada pada kejohanan kali ini. Presiden Persatuan Ping Pong Setiu (PPPS), Ahmad Sanusi Ibrahim berkata, pihaknya mengharapkan agar dapat bantuan dan pembiayaan bagi membina dewan ping pong Setiu. "Setiu telah melahirkan ramai bakat pingpong antaranya Saudara Razak yang telah memenangi gangsa sukan Para ASEAN 2017 di Kuala Lumpur, juga team Setiu yang mewakili Terengganu juga johan dalam sukan Wilayah Felda Kebangsaan 2017," katanya. Sementara itu, dalam Kejohanan Ping pong Tertutup Terengganu 2017, pasukan Setiu membolot juara Perseoranga...

Keputusan acara berpasukan wanita kejohanan Ping Pong Malaysia 2017 di Kuala Lumpur

Image
Johor dan Selangor antara pasukan pilihan yang layak ke peringkat kalah mati berpasukan wanita Kejohanan Pingpong Malaysia 2017 di kuala Lumpur. Bagi acara berpasukan wanita, keputusan penuh adalah sebagaimana berikut:

Keputusan acara berpasukan lelaki- hari pertama - Kejohanan Ping Pong Malaysia kali ke 54 2017

Image
Kejohanan Ping Pong Malaysia kini sedang berlangsung di OCM Sport Center, Kuala Lumpur dari 20 hingga 23 Disember 2003. Berikut adalah keputusan pertandinagn hari ini bagi acara berpasukan lelaki dan wanita. Berpasukan lelaki group A Manakala berikut adalah jadual undian berpasukan peringkat kalah mati nagi berpasukan lelaki Di mana pasukan pilihan adalah Kuala Lumpur yang di ketuai perseorangan utama negara iaitu Mohd Ashraf Haikal dan ATM yang dibarisi oleh Mohd Syakirin Ibrahim dan Chai Kiang Beng. Begitu juga denganSelangor dan Sarawak yang di ramalkan akan mara ke peringkat separuh akhir

Terengganu menjuarai Pingpong Sukan Warga Felda Kebangsaan 2017... tahniah

Image
Tahniah pasukan Ping Pong Felda Wilayah Terengganu yang telah menjuarai Kejohanan Sukan Warga Felda Kebangsaan 2017 di Melaka. Ia juga satu kejayaan kepada Persatuan Ping Pong Daerah Setiu di mana sebahagian besar wakilnya adalah daripada persatuan tersebut. Kejayaan ini adalah sebagai semangat awal bagi mengorak langkah dan melahirkan lebih ramai pemain pelapis negeri dan negara di suatu masa kelak. Diharap kejayaan ini dapat mebuka mata pelbagai pihak bagi memastikan Persatuan Ping Pong daerah Setiu memiliki gelanggang latihan sendiri bagi kemudahan pembangunan sukan dan bakat baru. selain itu pelbagai kejayaan juga telah dicipta oleh ahli persatuan seperti: Pingat Gangsa sukan Para ASEAN 2017 oleh saudara Razak- Ping pong Kerusi Roda Johan MSKPP Terengganu perseorangan lelaki dan wanita semoga pembangunan sukan pingpong diperingkat akar umbi akan terus berkembang #setiupost #pingpomngsetiu

Pengunjung blog