Posts

Showing posts with the label polis evo

Apabila Shaheizi Sam Bertamu di Agro Resort, Setiu, Terengganu

Image
Ini adalah di antara staf Agro Resort, Setiu, Terengganu yang bergambar dengan pelakon terkenal Shaheizi Sam yang sempat meluangkan masa sebelum ke lokasi penggambaran filem baru Astro Shaw ' POLIS EVO'. Lokasi penggambaran dilakukan disekitar Kg Mangkuk, Kg Telaga Papan dan Jeti Merang. Agro Resort menjadi lokasi penginapan bagi krew dan artis filem baru ini.  Memang 'humble' Shaheizi ini, mudah mesra dengan peminat walaupun agak penat selepas seharian di lokasi. Artis lain yang turut sama membintangi filem POLIS EVO ini Zizan Razak, Nora Danish, Bront Palarae, Wan Hanafi Su, Fadhilah Mansor dan ramai lagi.

Filem Baru Astro Shaw 'POLIS EVO' akan menjalani pergambaran di Terengganu

Image
metrowealthpictures.net Sebuah filem baru Astro Shaw akan melakukan pergambaran di negeri Terengganu pada September ini. Filem 'POLIS EVO' ini akan dibintangi oleh artis kelahiran Terengganu Zizan Razak, Shaheizi Sam, Nora Danish, Wan Hanafi Su, Bront Palarae serta Datuk AC Mizal dan ramai lagi akan menjalani pergambaran di beberapa lokasi di negeri Terengganu seperti Kuala Terengganu, Besut dan Setiu. Pergambaran dijangka akan dimulakan pada September ini akan menampilkan banyak adegan aksi yang menarik serta elemen komedi yang mencuit hati dua personaliti yang berbeza iaitu dari bandar dan kampung dan bergabung untuk membanteras jenayah. Ia juga sebuah filem yang menjulang nilai persahabatan dan nilai kekeluargaan yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Sama-sama kita tunggu hasil pergambaran filem ini dalam sedikit masa lagi. Ia juga sedikit sebanyak akan membantu mempromosikan Terengganu sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai lokasi dan prop yang m...

Pengunjung blog