Posts

Showing posts with the label raja buah

Bila makan durian, badan rasa panas.. kenapa yee

Image
Memandangkan sekarang musim durian, ramai yang berkongsi kegembiraan menikmatinya dan tidak kurang pula yang berkongsi cara memilih yang betul agar tidak tertipu dengan penjual. Perumpamaan yang sering dikaitkan dengan buah durian ialah  ‘tastes like heaven, smells like hell!’ . Benar atau tidak, ianya subjektif kepada individu. Buat saya, si penggemar ‘tegar’ durian, bau dan rasa durian saya sangat gemari. Maka tiadalah istilah ‘hell’ pada saya  😌 . Ada yang bertanya kenapa makan durian badan kita akan menjadi  ‘panas’ ?  🤔 Sebelum menjawab persoalan ini, kita haruslah faham apa yang dimaksudkan dengan ‘panas’ dan bagaimana mungkin ianya terjadi daripada tindakbalas yang dicetuskan oleh bahan kimia semulajadi dalam durian semasa penghadaman. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘panas’ badan? ‘Panas’ badan ini sebenarnya istilah yang dipraktikkan di dalam perubatan tradisional sama ada Melayu, Cina dan India. Selain daripada istilah ‘panas’, istilah berlaw...

Pengunjung blog