Posts

Showing posts with the label rakyat

Pasar Tani Sungai Tong Setiu akan mula beroperasi pada 28 April 2017 ini....

Image
Pasar Tani Sungai Tong, Setiu, Terengganu akan mula dibuka bermula pada 28 April 2017 . Ia akan mula beroperasi bermula jam 3.30 petang hingga 7.00 malam. Orang ramai boleh mendapatkan barangan keperluan dengan lebih mudah dan murah terutama sayuran dan hasil tani segar daripada kawasan sekitar. Pakat mari ramai-ramai untuk dapatkan barangan keperluan anda #setiupost

Pesta ‘Ngambat Ikan’ Paya Besar Menyeronokkan

Image
Aktiviti ‘ngambat ikan’ atau menangkap ikan mungkin begitu asing bagi sesetengah penduduk tetapi bagi penduduk Paya Besar, Hulu Terengganu, ia amat dinantikan terutama pada musim kemarau apabila Sungai Berang di kampung itu mulai kering. Bagi mereka yang tinggal di pesisir sungai, aktiviti terbabit sememangnya memberikan satu keseronokan yang tidak dapat tergambar selain 1001 kepuasan kepada mereka yang begitu gemar dengan kegiatan riadah itu. Selain itu, aktiviti musim kemarau itu secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung. Sudin Yasin, 46, yang mesra disapa Pak Din  dari Kampung Paya Besar berkata, aktiviti itu dilakukan berkumpulan sekurang-kurangnya 20 orang yang dikenali sebagai ngerau (mengerau) dan lokasinya ialah kawasan lubuk ikan di sungai  biasanya dilakukan pada musim kemarau atau ketika paras sungai cetek. “Sebelum aktiviti ngambat di mulakan, kita kena kenal pasti tempat yang banyak ikan, bila rasa dah...

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Image
Saudara Naquib Mohammad kini menjadi ikutan melalui lagu-lagu berloghat Terengganu yang unik dan menarik. Dengan wajah ekspresi selamba, ia menggambarkan beliau seorang insan seni. Lagu terbaru loghat Terengganu beliau iaitu 'MOK' atau Emak kini mula menjadi ikutan. di antara lirik puitis lagu MOK ini adalah seperti berikut: "Mok"(Behind the scene) Pagi la pagi mok wat kuey, Belang2 tu jugok mok kuca air, Kite tengoh makang mok nyapuh serumoh, Mok duk kicoh kaeng kite baru sudoh.. E hey mok.. mok.. ooo mok.. Ttari naek sikek mok susoh hati, Orang jjua ikang dok lalu lagi, Kite duk sedak nenggok depang tv, Mok duk rusing ddapo pah ceroh buke peti.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Bile tengohari peruk rase lapo, Akak tudung saji nasik lauk telor, Kite pong tanye dok kang wat ning saje, Mok pong jawak doh mung wat taik mate.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Sudoh abih makang mok kutik pinggang kotor, Sudoh basuh blake mok g khellak sbetor, Dok lame pahtu bunying khetung kh...

Pengunjung blog