Posts

Showing posts with the label redang

Siaran media bagi kunjungan pelancongan ke Terengganu pada musim monsun

Image
Siaran media dikeluarkan berikutan tularnya di media sosial mengatakan pulau-pulau di Terengganu akan ditutup pada Oktober Dan akan ditutup selama 5 bulan. Kenyataan ini tidak benar dan para pengunjung boleh terus datang Dan membuat tempahan seperti biasa kecuali ada amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut ataupun Jabatan Ramalan Kaji Cuaca . Berdasar keadaan semasa, musim monsun biasa pada pertengahan November. Diharap pemberitahuan in dapat membetulkan persepsi tentang keadaan monsun akhir tahun di Terengganu serta rancangan percutian anda di Terengganu. Banyak sekali tempat menarik di Terengganu yang boleh anda kunjungi sepanjang tahun. #setiupost

Senarai Cuti Panjang Malaysia 2018.. Jom Plan percutian anda

Image
Di sini Admin sertakan Senarai CUTI PANJANG 2018 untuk anda plan dan rancang percutian anda dari sekarang. Rancang awal akan menjimatkan terutama apabila melibatkan penerbangan. Jom datang Terengganu dengan keindahan pelbagai destinasi menarik seperti: Pulau Perhentian Pulau Redang Pulau Kapas Pulau Tenggol (Diving Heaven) Tasik Kenyir Setiu Wetland-- Galeri wetland Pusat Agrotourism Setiu- www.agroresort.com Kuala Terengganu semua daerah di Terengganu Juga terokai keunikan makanan Terengganu yang begitu banyak sekali untuk anda nikmati. Teruskan mengikuti blog ini untuk maklumat lanjut tenpat-tempat menarik di Terengganu @FB kakicuti #setiupost #terengganumyheritage #visitbeautifulterengganu2017

Taman Laut Terengganu... warisan berharga

Image
Gugusan Pulau (P) Redang terdiri daripada 9 pulau iaitu P. Redang, P. Pinang, P. Ling,  P. Ekor Tebu,  P. Kerengga Besar, P. Kerengga Kecil, P. Paku Besar, P. Paku Kecil,  dan P. Lima. Perairan di sekeliling  pulau-pulau ini sejauh 2 batu nautika dari  tikas air surut terendah dikenali sebagai Taman Laut Pulau  Redang Malaysia.  Selepas penubuhan taman-taman laut, perairan yang sama dikenali sebagai Kawasan  Larangan Perikanan.        Ramai orang yang menjalani kehidupan dan melakukan aktiviti-aktiviti rekreasi di perairan Taman Laut dengan berkongsi menggunakan perairan yang dilindungi ini berserta dengan  sumber-sumber kehidupan semulajadinya. Tujuan utama Taman-taman Laut diwujudkan  ialah untuk menguruskan penggunaan taman di samping meneruskan penglibatan untuk  memulihara sumber-sumber laut. Iklim gugusan pulau ini didominasi oleh monsun timur laut, yang bertiu...

Pengunjung blog