Bangi Kopitiam, Gaya retro klasik yang menarik
Bangi Kopitiam yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor sentiasa menggamit pengunjung untuk berkunjung semula ke sini. Kopitiam dengan gaya retro klasik yang diusahakan oleh pemuzik kumpulan rock terkenal tanahair SEARCH iaitu Kid bersama rakan niaganya sentiasa mendapat tumpuan pelanggan yang menjadi pelanggan tetap. Dengan dekorasi alat muzik lama, serta beberapa peralatan lama menjadi wardrope yang menarik. Apa yang paling mencuri perhatian adalah sekeping gambar lama yang besar yang unik dan mempunyai nostalgianya yang tersendiri. Ia melambangkan suasana kedai kopi yang muhibbah dan harmoni. Mungkin itulah hasrat Bangi Kopitiam ini. Bagi blogger, kunjungan kali ini memilih Mee Udang dan telur omega 1/2 masak sebagai makan malam bersama Kopi Gelas yang kaw!. Bagi warga kota dan bandar, kedai berkonsepkan sebegini adalah tempat yang sesuai untuk melepaskan serta meredakan ketegangan kerja sambil bersembang dengan kawan-kawan selain menjamu selera dengan...