Posts

Showing posts with the label rojak ayam Terengganu

Di antara Nasi Ayam Terbaik Terengganu di Restoran Nurul Iman, Batu Buruk..memang terbaik

Image
Restoran Nurul Iman yang terletak di hadapan SMA (A) Sultan Zainal Abidin, Batu Burukyang juga sekolah Admin dulu adalah antara restoran Nasi Ayam yang terbaik di Terengganu. Bayangkan selepas 30 tahun meninggalkan alam persekolahan disini, masih boleh menikmati keenakan nasi ayam sebagaimana zaman sekolah dahulu. Malah ada antara pekerjanya yang dulu masih bekerja hingga kini dan pemilik restoran yang yang dulu muda dan hensem masih setia menjaga kaunter dan menerima bayaran daripada pelanggan walaupun harganya sudah jauh berubah iaitu dulu RM.2.50 sepinggan dan kini RM5.50 sepinggan. Apa yang istimewanya restoran ini, ia hanya menyajikan 2 menu sahaja iaitu Nasi Ayam dan Rojak Ayam atau orang Terengganu menyebutnya 'Rojak Keling' . Setiapkali datang menjamu selera di sini, orang dan dan parking sentiasa penuh dengan pelanggan setia yang mungkin mempunyai memorinya yang tersendiri tentang restoran dan makanan di sini. Jika anda ingin datang ke sini, lokasinya a...

Rasa nak Makan Rojak Keling.....kat mana paling best di Terengganu?

Image
Baru-baru ini admin kebetulan ada urusan di Kuala Terengganu, tiba-tiba rasa nak makan Rojak Ayam atau orang Terengganu panggil Rojak Keling. Tak tahulah kenapa ia digelar Rojak Keling. Apapun rojak ayam Terengganu ini memang unik dan sedap dengan kuahnya berkacang masam manis cukup rasa dengan jemput atau cekodok, tauhu goreng, telur ebus, ubi kentang rebus yang digoreng bersama salad dan hirisan ayam. Ada yang memasukkan paru dan limpa goreng. Restoran Hidayah di Jalan Bukit Kecil berhampiran dengan Pasaraya Sabasun. Memang sedap rojak sini. Minta kuah lebih sikit. Ada banyak kedai atau restoran yang menjual Rojak Ayam yang sedap di Terengganu ini , di antaranya: Restoran Nasi Ayam Nurul Iman, Batu Buruk Rojak Sultan Chendering Rojak Ayam Buluh Gading Rojak Ayam Batu 6, Hadapan Pasar Batu 6 Dulu ada satu restoran yang admin rasa terbaik untuk Rojak Ayam iaitu di Pulau Kambing depan Kedai Perabot Tat Heng, lepas tutup tak tahu pindah kat mana. Rasa rojak ayam di si...

Pengunjung blog