Posts

Showing posts with the label rumah warisan

Opok-Opok, makanan tradisi Terengganu

Image
Inilah antara makanan tradisi Orang Teremggamu iaitu Opok-Opok yang diperbuat daripada tepung ubi dan di makan bersama kelapa parut. Memang unik pembuatan dan enak sekali rasanya. Pihak Muzium Negeri Terengganu akan mengadakan demonstrasi masakan tradisi ini di Rumah Warisan Haji Su Kg Losong Haji Su pada setiap hari Ahad untuk tatapan generasi kini. Ia akan diadakan dari jam 9.00 hingga 5.00 petang. Rumah Warisan Haji Su antara khazanah warisan negeri yang kini dipelihara dengan rapi sebagai warisan negeri Terengganu terutama tentang senibina serta budaya hidup masyarakat Terengganu. Sumber : Muzium Negeri Terengganu  #setiupost

MB Terengganu melawat rumah warisan Haji Su di Kg Losong

Image
Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Ahmad Razif Abd.Rahman melawat rumah tradisi Terengganu di Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu pada 31 Januari 2017.  Rumah tradisi Terengganu milik pedagang terkenal pada masa lalu, Allahyarham Tuan Haji Mohammed Salleh yang berusia lebih 166 tahun dibeli oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Lembaga Muzium Negeri Terengganu pada tahun 2014 daripada waris Allahyarham dengan harga RM3.2 juta dan menjalani proses pemuliharaan dan telah siap dan dibuka kepada kunjungan orang ramai.    Rumah tradisi yang lebih dikenali dengan Rumah Haji Su dipulihara oleh kerajaan negeri bagi memastikan rumah yang bercirikan reka bentuk Limas Belanda dan Bujang Berpeleh Kembar Tiga bagi mengekal sejarah dan warisan seni bina Terengganu.    Yang turut hadir pada sesi lawatan itu ialah Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohd Yusuf Abdullah.        @Jabata...

Pengunjung blog